Print Document

Print Friendly and PDF

1 Sep 2009

BERBUKA, TERAWIH DAN MOREY DI MASJID PUTRA.

Kalau kesempatan, berbuka puasalah di masjid Putra di Putrajaya. Makanan mencukupi. Imam professional dan lancar. Hafal Quran. Suara lunak dan nyaring. Masjid pula berhawa dingin, tidak lagi 'angin ala-syurga dari bawah tanah' yang semangnya punah-ranah. Kalau nak jadi perhatian, berbagai-bagai perangai makmum yang hadir berbuka puasa dan makan nasi. Ada seorang Pak Cik kelam kabut sehingga terpijak atas buah kurma yang sedang dihidangkan tetapi enggan mengambil kurma tersebut untuk dia berbuka walaupun kurma itu masih di balut dengan plastik. Kurma yang menjadi leper di makan oleh orang lain yang tidak mengetahui tamar berkenaan sudah di pijak orang.

Kedua cara makmum park kereta. Mereka yang datang lambat tetapi malas nak park jauh dan menapak akan menghalang makmum lain yang datang awal. Tetapi malangnya, mereka yang kurang ajar dan tidak ada fikiran panjang ini (kebanyakannya plet Putrajaya yang ingat Masjid ni milik bapak mereka) enggan menurunkan hand brake dan 'tunjuk alim' dengan terawih 20. Kesian makmum yang balik awal. Memang samada bodoh atau pandai tak boleh diajar yang park kereta seperti itu. Kalau di Bangkok sudah pasti jenis ini di tembak di kepala. Syukur jugak rakyat Malaysia masih waras.


Format makan kat Masjid Putra ialah, berbuka dengan tamar dan sejenis kuih. Lepas itu Maghrib. Lepas Mahgrib baru beratur makan malam. Lepas itu isyak dan seterusnya terawih 8 atau 20. Witir dan makan ringan sebagai Morey. Selalunya bubur. Tetapi anehnya ada juga makhluk yang selepas salam mahgrib aje dah berlari mencari makanan. Lapar puasa kut. Tak sempat berdoa. Tetapi satu hari aku pun meluru selepas imam ucap salam. Pun sudah ada yang menghadap makanan...bagaimana? Mereka ini jenis sembahyang maghrib dan berbuka di rumah atau di masjid tanpa berjemaah. Lantak la..apa pun sepanjang aku berbuka di Masjid Putra, semuanya lancar, makanan cukup, teratur dan tersusun. Kehendak Allah SWT kepada tetamu di rumahNya. Salut kepada pekerja catering. Walaupun bepelajaran rendah dan ramai dari Kelantan, mampu mengendalikan dengan sempurna tanpa emosi...syukur.

Tiada ulasan: