Print Document

Print Friendly and PDF

3 Sep 2009

BERBUKA OH BERBUKA...

Berbuka puasa di Masjid Putra di Putrajaya sememangnya satu pengalaman yang menarik. Bermacam-macam style manusia yang makan free akan dapat kita tontoni. Ada yang natural, ramai yang 'kurang ajar'. Ada yang bawak anak-anak sebagai latihan atau sebagai usaha meringankan beban isteri memasak di rumah. (Malam sebagai hadiah dapat juga suami menenggek dan bermain kelintit. Kalau masih terlarat jangan buat siang hari sudah le.  jenuh berpuasa kifaran nanti).

Baru-baru ini satu pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah selipar aku kena songlap kat masjid. Pastinya bukan setan, kerana mereka semua dah ditambat. Pelik jugak, ada penyangak yang datang ke masjid, pastinya beragama Islam dan ada Emak dan Ayah. Ternyata ibu-bapa mereka (walaupun pastinya berpuasa, sembahyang dan terawih) GAGAL mengIslamkan anak-anak mereka sehingga jadi pencuri. Di Masjid pulak tu. Tempat mulia yang merupakan rumah Allah SWT.

Sedeh aku sedeh. Selipar tak le seberapa harganya tapi kesanggupan mencuri di Masjid...tak apa lah, masa kecik dulu Ustaz pernah mengajar dengan sepotong hadis, bahawa biarkanlah dan anggap lah sebagai 'derma sedekah'.


Jadi kalau ke Masjid Putra, berhati-hatilah. Tak perlu pakai kasut atau selipar yang berjenama atau mahal. Biarlah kalau ada yang menegur kita 'selekeh' ke masjid. Perlu di ingat, kita sembahyang bukan pakai selipar atau kasut. Kepada kaum wanita juga perlulah berhati-hati kerana ada juga kecurian beg-beg mereka. Janganlah bawa barang kemas dalam beg ke masjid. Biar di rumah sahaja tempatnya barang-barang tersebut. Kalau di curi pun bukannya di masjid. Tempat suci.

Pelik jugak...kat masjid pun ada pencuri...lagi pelik kegagalan ibu-bapa yang pastinya Islam mendidik anak-anak mereka supaya jangan mencuri...






Tiada ulasan: