Print Document

Print Friendly and PDF

5 Okt 2012

TIDAK PERLU BINCANG POLITIK 1

Aku sudah jemu/muak/jelak baca cerita politik tanahair. Tidak akan berakhirnya, hingga bila-bila. Tiap-tiap hari ada saja berita dan analisa berbau politik.  Membosankan. Jadi aku belek le akhbar STAR hari ini (5 October 2012) dan ada tiga berita menarik. Bukan tujuan untuk mengupas atau 'review' berita-berita berkenaan, cukup sekadar bercerita - yang ternyata jauhhhhhhh dari isu politik.

Pertama. Mengenai pencalonan kumpulan Deep Purple untuk Rock and Roll Hall of Fame yang akan diadakan di Los Angeles pada 18 April 2013. Kalau ada 'pitih' pasti aku pergi menonton rancangan itu, tetapi cukup le gamaknya sekadar nonton live telecast (kalau Astro sanggup sponsor).  Apa pun kalau Deep Purple (Soldier of Fortune, Hush, Child in Time dll) menang aku suka jugak, tak kira la ada anggotanya Yahudi.  Aku dua kali berpeluang nonton Deep Purple secara live - di Stadium Merdeka dan di Singapore (sebelah kubur Inggeris).  Memang best group ini dari Ritchie Blackomore ke Ian Gillan.

Apa pun, tak perlulah kupas Deep Purple dari sudut spiritual (kerohanian) atau politik.  Kalau dari sudut-sudut ini pastinya macam kata Raja Lawak Jambu - Apa Pun Tak Boleh. Sekali sekala enjoy la head bangging walaupun JANGAN LUPA head ke kiri ke kanan ketika ratib malam Jumaat.

Berita kedua ialah mengenai bintang yang akan 'mati' (atau pun sudah mati beberapa tahun lalu - kerana jauhnya ialah 650 light years dari Bumi di constellation Aquarius.  Kagum aku -

Tetapi yang ingin di analisa di sini ialah :

1. Kiamat itu pasti, maut pun pasti. (Aku tidak mahu kaji mendalam mengenai Helix nebula ini.) Mungkin ada penghuni-mungkin tidak ada.  Mungkin ada yang beragama seperti kita - Islam.  Mungkin lain. Ini semua kuasa dan kehendak Allah SWT.

2. Teknologi 'ciptaan manusia' yang pastinya inspirasi dari Allah SWT memampukan kita meneroka ke kawasan yang jauhhhhhh dari bumi. Teleskop Spitzer milik Nasa dapat melihat bagaimana 'kiamat' berlaku.  


3. Insaflah wahai manusia.  Kiamat akan berlaku bila-bila masa dan mungkin ketika ini, alien dari planet lain sedang 'sekodeng' Bumi (Earth) dan mengkaji bila kita akan hancur seperti ditakdirkan hancurnya helix nebula. 








Cerita ketiga ialah mengenai aktres terkenal China, Zhang Ziyi yang akan menyaman Boxun News, syarikat berita online berbahasa China yang beribu pejabat di Carolina Utara, Amerika kerana menuduh dia pelacur. Aku tak perlulah kupas tentang saman Zhang Ziyi atau 'perkerjaan tertua umat manusia' yang dituduh keatasnya. Tetapi cukup sekadar menceritakan bahawa :

1. Saman menyaman ini perkara biasa dan pastinya isu ini dipolitikkan oleh negara komunis China juga menjadi resam dunia.

2.  Zhang Ziyi sememangnya cantik dan setanding dengan Michelle Yeoh (Ipoh Mali) yang berlakon bersamanya dalam Crouching Tiger, Hidden Dragon. Cantiknya juga macam Eja, pelakon Melayu kita.

3.  Peminat Zhang Ziyi memang ramai dan mereka yang tergila-gilakan China Doll pastinya fantasize pelakon ini. (Enggan elaborate panjang lebar mengenai keistimewaan China Doll. Kerana takut nanti jadi isu politik tanahair tercinta.)

4. Pelacuran tetap menjadi kerjaya zaman berzaman - yang mahal, yang murah, yang 'percuma' (mungkin dengan belanja sotong kangkong) - semuanya akan kekal.

Sehingga Bumi jadi Helix nebula, pelacuran akan kekal menjadi kerjaya umat manusia.  Namun, Deep Purple tetap menjadi kumpulan heavy metal terbaik di dunia yang setanding dengan SEARCH, Wings dan LORD (yang pernah bersama Ella dan Shima suatu ketika dulu).

Cerita menjual burit ini tak perlu dipanjang lebarkan disini, apa pun satu pesanan aku, kiamat pasti tiba, dan akan hancur bersama burit-burit yang dijual walau macamana wangi sekalipun burit-burit itu. Jadi tidak semuanya harus berkisar disekitar POLITIK.




Tiada ulasan: