Print Document

Print Friendly and PDF

6 Okt 2009

OPEN HOUSE DAN PERUT KITA...


Open house dah menjadi 'adat resam' serta budaya rakyat Malaysia.  Seorang sahabat yang bertugas di Brunei memberitahu bahawa kunjung mengunjung hanya berlaku hingga hari ketiga raya di BSB.  Lepas tu 'business as usual'.  Tapi bagi rakyat Malaysia, open house sepanjang bulan Syawal. Ada juga yang terlajak selepas Syawal. Sekarang trend ini menular di setiap pejabat kerajaan.  Setiap bahagian dalam sebuah Jabatan atau Kementerian akan memilih hari dan kutip duit kakitangan (biasanya ikut ranking) dan menyediakan kadam-kadam (macai-macai) yang sanggup kerja keras menyediakan makan minum. Mesti ready loudspeaker, musik/lagu raya dan 'imam' bca doa panjang menjela-jela serta meminta ampun maaf ibu bapa dan pemimpin negara -seolah-olah mereka dah banyak sangan dosa.

Maka berlawan-lawan jenis lauk pauk dan juadah. Pastinya nasi impit, lemang dan satay mesti ada. Cara hidangan mestilah ikut piawai ISO 9001/2.  Kalau tak mesti kena kutuk.  Bedesing telinga di kutuk  pegawai/kakitangan bahagian lain yang di jemput.  Itu lah adat Melayu, dah dijemput, mengutuk pulak kerana 1. agar kelemahan bahagian dia tidak terserlah  2.  agar sedap hati kalau ternyata yang di kutuk lebih ISO 9001/2.

Apa pun yang kesian ialah perut kita yang sampai cirit birit dan ada seorang kawan pejabat landing hospital sehingga kena drip air...dehydrated termakan makanan kotor yang di tempah caterer.  Itulah cerita budaya open house...apa pun ianya original 1Malaysia...bangga dengan doa panjang-panjang ala Hadari yang diharap mendapat restu Allah SWT...

Tiada ulasan: