Print Document

Print Friendly and PDF

25 Feb 2013

25 PERSONALITI PALING HEBAT DI MALAYSIA (BAHAGIAN 2)

ZAINUDDIN BIN MAIDIN


DALAM SERAMAI-RAMAI TOKOH DI ALAM KEWARTAWANAN, AKU PALING RESPECT TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN, KELAHIRAN KOTA KUALA MUDA, KEDAH PADA 29 JUNE 1939. SESEKALI AKAN TERSEREMPAK DENGAN BELIAU YANG PERNAH MENJADI MENTERI PENERANGAN DAN MP DI SUNGAI PETANI, DI KEDAI MAMAK PUTRAJAYA. TETAPI AKU MINAT DENGAN TOKOH INI IALAH KETIKA BELIAU BERTUGAS DI UTUSAN MELAYU. SETIAP PELAJAR MASS COMM ITM YANG MENJALANI LATIHAN AMALI DI UTUSAN AKAN BERPELUANG DIDIDIK OLEH BELIAU WALAUPUN ZAM BEGITU SIBUK DENGAN TUGAS HARIAN. TETAPI YANG PALING AKU TIDAK LUPA IALAH KETIKA DIA BERBAHAS DENGAN KHALID JAAFAR (KETIKA ITU PEMIMPIN PELAJAR ITM DARI MASS COMM). ISU KETIKA ITU, UTUSAN MALAYSIA MEMBENARKAN IKLAN BEER (GUINESS STOUT/ANCHOR) DAN DENGAN SELAMBA ZAM (NAMA RINGKAS BELIAU) MENAFIKANNYA TETAPI APABILA KHALID MEMBAWA SEPOTONG KERATAN UTUSAN TERUS ZAM MENGATAKAN BELIAU "BERADA DI LUAR NEGARA" KETIKA IKLAN ITU TERSIAR. BIJAK DAN OUT-OF-THE-BOX SI ZAM MENANGKAS. ITU SEKITAR 1979. TIDAK DISANGKA MEREKA ‘BERTEMBUNG’ SEKALI LAGI DALAM POLITIK TANAHAIR SEKITAR PILIHANRAYA 1999 – 2004. KHALID TERUS BUNGKUS DENGAN PKR DI MALAKA SEMENTARA "VICTORY" UNTUK ZAM DI SUNGAI PETANI (BN). SAYANG ZAM TEWAS DALAM TAHUN 2008 DITELAN TSUNAMI POLITIK KETIKA ITU, TETAPI APA PUN, AKU SALUTE GAYA BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN BELIAU. KALAULAH BOLEH BELIAU MENGAJAR ILMU KEWARTAWANAN AKU PASTI AKAN LAHIR SEKURANG-KURANGNYA ZAM-ZAM BARU DALAM DUNIA KEWARTAWANAN MALAYSIA.
JAY JAY

 
ANTARA SINGER LELAKI MELAYU YANG PALING AKU KAGUMI IALAH JAY JAY ATAU MOHD FAUZI DARUS.  HEBAT DAN PAYAH AKU FORGET. LAGUNYA ? SUDAH PASTI RINDU BAYANGAN YANG SEHINGGA KINI MENYERAMKAN BULU ROMAKU SERTA BULU KELINTIT RAMAI KAUM WANITA.  SATU PERKARA MENARIK MENGENAI RINDU BAYANGAN IALAH LAGU INI SEOLAH-OLAH BERGEMA DI ALAM BUNIAN.  ADA CERITA MENGENAI JAY-JAY. ARTIS YANG DIBESARKAN DI KELANTAN INI TIDAK PERNAH KELIHATAN TANPA TOPI DI KEPALA.  APAKAH RAHSIA BELIAU?  AKU TERINGAT SEKITAR 1978/79 CAREFREE BERMAIN DI DEWAN SRI BUDIMAN, ITM SHAH ALAM. DENGAN TIKET RM 1.00 KETIKA ITU AKU MENONTON SAMA KEKAWAN LAMA. DUA KALI JAY JAY NYANYIKAN ‘RINDU BAYANGAN’.  KHAYAL TANPA PERLU GANJA.  TAHUN SUDAH ANAK PEREMPUAN JAY JAY – NUR AMALINA MOHD FAUZI (MUNGKIN PERKAHWINAN PERTAMA) BERKAHWIN – AKU TAK SEMPAT PERGI TETAPI KAWAN-KAWAN YANG BERKUNJUNG SEMUANYA KATA HEBAT SEBAB DAPAT BERJABAT-TANGAN DENGAN ARTIS-ARTIS MALAYSIA. ITULAH SEDIKIT CERITA JAY JAY – SEMUGA MENJADI ATOK YANG BAHAGIA.

AZIZOL ABU HANIFFAH

ADA EMPAT PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA ERA AKU YANG PALING AKU SANJUNG – BERTARAF DUNIA DAN MUNGKIN JAUH LEBIH HEBAT DARI PELE DAN DIEGO MARADONA DI COMBINE. MEREKA IALAH DALI OMAR (KELANTAN), SYED AHMAD (JOHOR), ARWAH MOKHTAR DAHARI (SELANGOR) DAN AZIZOL ABU HANIFFAH (PERAK). MEREKA INI SEPATUTNYA MASUK DALAM HALL OF FAME FOOTBALLER MELAYU AKHIR ZAMAN. AKU PERNAH TENGOK AZIZOL MAIN DI STADIUM PERAK. DIA SEJENIS MANUSIA YANG MAMPU LETAK BOLA DI MANA-MANA DIKEHENDAKI DI PADANG. BOLEH IN SWINGER MASA CORNER DAN TERUS GOAL. BOLEH MENGELECEK BOLA DARI SELURUH PADANG DAN MEMBUAT MARADONA MACAM BUDAK SEKOLAH RENDAH. BICYCLE KICK SEPERTI PELE DAN KELIHATAN BEGITU MUDAH. RASUAH? MEMANG LE HEBUH DIPERKATAKAN DAN ADA YANG MEMBERITAHU RUMAH TIGA TINGKAT DI KAMPUNG SIMEE IPOH ADA LIFT. TAPI AKU TIDAK PEDULI ITU SEMUA KERANA DIA TIDAK PERNAH MELALUI PERBICARAAN. SUKAR NAK CARI GANTI KALAU KESEMUA PEMAIN MALAYSIA SEPERTI YANG AKU SEBUT TADI, MALAYSIA SUDAH LAMA MASUK SECOND ROUND PIALA BOLASEPAK DUNIA SEJAK 90AN LAGI.  NAK MASUK FINAL BELUM LAGI MAMPU SEBAB BOOKIES DARI IPOH TETAP UNGGUL....



USTAZ AZHAR IDRUS (UAI)




USTAZ AZHAR IDRUS (UAI)
AKU INGAT ARWAH BAPAK AKU CERITA, SATU KETIKA SEBELUM KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA, SUKARNO PERNAH BERUCAP DI PADANG KELAB SELANGOR. AYAH ‘ALL THE WAY’ DARI IPOH KE KUALA LUMPUR (MASA TU MEMANG JAUH) UNTUK MENDENGAR SUKARNAO BERUCAP MENGENAI “BERIKAN AKU 1000 ORANG TUA, NESCAYA AKAN KUCABUT SEMERU DARI AKARNYA, BERIKAN AKU 10 PEMUDA, NESCAYA AKAN KUGONCANGKAN DUNIA” DAN DALAM HUJAN LEBAT ARWAH BERCERITA LEBIH 10,000 ORANG BERDIRI TIDAK BERGANJAK MENDENGAR PIDATO 3 JAM ARWAH SUKARNO. MUNGKIN DENGAN RAMAINYA PEKERJA INDON DI KL MASAKINI, KALAU UCAPAN TU DILAKUKAN SEKARANG, AKU PASTI DUA JUTA AKAN DATANG MENDENGAR. (SEPARUHNYA PENDATANG HARAM). TAPI AKU NAK CERITA DI SINI IALAH BUKAN MUDAH NAK DAPATKAN PULUHAN RIBU PENONTON MENDENGAR CERAMAH TANPA PAKSAAN. KEKADANG MUSTAHIL. KALAU AKU CUBA BERUCAP MACAM SUKARNO ATAU USTAZ AZHAR, MUNGKIN LIMA ORANG PUN PAYAH DAN MUNGKIN YANG DATANG HOSPITAL ATTENDANT DARI TANJUNG RAMBUTAN MENANGKAP AKU. ITULAH HEBATNYA ARWAH SUKARNO DAN USTAZ AZHAR IDRUS. MEMANG AKU KAGUM ESPECIALLY DENGAN UAI. AKU MULA KENAL UAI BILA BERKUNJUNG KE KEDAI BUKU SYABAB DI BILLION BANGI. SEKITAR 2009 LAGI TOKO BUKU AGAMA ITU AKAN MEMAINKAN VCD UAI. AKU AKAN TERTAWA SENDIRIAN BERSAMA RAMAI PELANGGAN KEDAI ITU MENDENGAR UAI BERBICARA. DENGAN LOGHAT BANGANG TRENGGANU TETAPI TETAP MENGHIBURKAN. MEMANG ANUGERAH ALLAH SWT. GENIUS YANG BOLEH MENARIK SECARA NATURAL ORANG RAMAI MENDENGARNYA. AKU TERINGAT DI PENGHUJUNG 80HAN BILA PEMIMPIN PAS HADI AWANG DIJEMPUT KE MASJID SAIDINA ABU BAKAR DI BANGSAR UNTUK SEMBAHYANG JUMAAT DAN KEBETULAN AKU CUTI HARI ITU DAN TERUS KE MASJID BERKENAAN. KAGUM AKU MELIHAT RIBUAN JEMAAH SEHINGGA JALAN MAAROF DITUTUP UNTUK JEMAAH BENTANG TIKAR SEMBAHYANG DAN BERJUMAAT. DALAM ERA BELUM ADA INTERNET DAN PAS BELUM BERANI CERAMAH DI KL MEMANG AKU KAGUM DENGAN PEMIMPIN YANG HANYA HEBAT DI RUSILA INI KETIKA ITU. BEGITU JUGA UAI, RAMAI YANG INGIN JADI MACAM MEREKA, DAPAT MENARIK PEMINAT DAN PENONTON TANPA DI PAKSA. PERNAH DI TAHUN 2012 USTAZ AZHAR SEPATUTNYA MEMBERI CERAMAH DI PICC DI PUTRAJAYA. HARI SEJUTA BELIA ANJURAN JPM. MALANGNYA LAST MINUTE BELIAU DI ARAH KE MASJID PUCHONG KERANA ADA KETUA-KETUA JABATAN YANG ‘FOR THE SAKE’ BABI HARAM JADAH MENGARAHKAN UAI BERPINDAH KE PUCHONG DAN SEPERTI MASJID BANGSAR DAN PADANG KELAB SELANGOR ERA SUKARNO, RIBUAN ORANG MEMBANJIRI MASJID TERSEBUT. ALANGKAH ‘ONE UP’ UNTUK PM NAJIB JIKA UAI KEKAL DI PICC, PASTI SATU REKOD PUTRAJAYA YANG BOLEH DIPROPAGANDAKAN OLEH UTUSAN MALAYSIA DAN TV3. TIDAK SEPERTI MALAM NEW YEAR 2013 BILA PENGACARA BOTAK BODOH TV3 (BUDAK MASS COMM ITM) MENJERIT-JERIT MENGATAKAN ADA SEJUTA PENONTON DI PUTRAJAYA. TETAPI YANG AKU CONGAK HANYA RIBUAN AJE. ITULAH DIA RESAM MANUSIA KALAU POPULAR SEMULAJADI SEPERTI UAI PASTI ADA MELAYU RASUKKAN SETAN YANG MEMBAWA FITNAH DAN MENGATA YANG BUKAN-BUKAN. APA PUN UAI MEMANG HEBAT DAN SUKAR DICARI GANTI.











14 Feb 2013

25 PERSONALITI PALING HEBAT DI MALAYSIA (BAHAGIAN 1)

1. YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Tokoh ekonomi dan pendidikan yang aku anggap sebagai genius Melayu campuran Turki. Lahir 28. 1. 1922 di London. Pengasas TABUNG HAJI dan ANGKASA. Hebat dan sukar nak cari ganti. Kini dan selama-lamanya cuma bila aku menghadiri kursus haji di masjid Subang Jaya satu ketika dulu si penceramah (yang ibarat setitik air jika dibandingkan dengan lautan ilmu Ungku Aziz) terus mengecam hebat dan ‘menghukum’ si genius kerana enggan ke Mekah. Sedeh aku.






























2. Dato' Sharifah Aini binti Syed Jaafar yang lahir 2. 7. 1953 bagi aku merupakan penyanyi paling gemilang pernah di lahirkan di Malaysia dan bergelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Mula expose dengan memenangi juara menyanyi di Singapura tahun 1968 dan EMI ‘hijack’ dia menjadi recording artis tahun 1969 dengan Seri Dewi Malam. Mengisi ruang gossip di era internet masih dalam perancangan Allah SWT, aku masih ingat kisah ‘putus tunang’ dengan pilot/pramugara (?), berkahwin dan bercerai dengan tokoh musik, declared bangkrap dan akhir sekali perbicaraan sensasi menentang penyanyi sama hebat, Siti Nurhaliza. Apa pun seperti Ungku Abdul Aziz yang bertapak di Johor, Sharifah Aini tetap top of the top.





























3. Walaupun Dato' Haji Rahim Razali yang lahir di Batu Gajah, Perak pada 3.7.1939 ini seorang individu yang versatile sebagai pelakon filem, dramatis, pengacara sukan, pengarah, penerbit Filem, penerbit TV, jururunding skrip dan penulis terkenal di Malaysia, aku respect old boy Anderson School Ipoh (sekolah terbaik di dunia fana) ini sebagai pelakon, pengarah filem dan pengacara sukan. Ingat ketika dia mengulas hurdler Marina Chin terjatuh di larian 400 meter hurdles Sukan SEA 1977 dulu. Rahim terlalu emosional sehingga RTM terpaksa replay lebih 5 kali dan bernada sedeh walaupun emas tetap jatuh di tangan Malaysia – Lau Kiew-Ee (sehingga sekarang orang masih ingatkan Marina Chin menang Perak dan Lau terus lenyap dalam lipatan sejarah). Rahim juga aku suka ketika mengulas World Cup Soccer dan sentiasa merujuk kepada buku-buku asing sebagai ‘modal’ ketika mengulas. Ada seketika (mungkin jurukamera RTM yang berjaga waktu pagi nak joke) tertangkap waktu dia terlelap di kerusi. Apa pun Rahim juga top dengan filem-filem arahannya. Yang aku paling syok ialah Abang, Tsu Feh Sofiah dan Matinya Seorang Patriot. Lambang ego trip pegarahnya Rahim tetapi disulami a touch of genius yang sukar dicari ganti. Cuma penonton Melayu ketika itu lebih gemar dengan lawak Badul dan filem ringan-ringan yang memaparkan sexy berair burit para pelakon wanita Melayu ketika itu.



























4. Dr Kassim Ahmad. (Tarikh lahir carilah sendiri dalam internet – tetiba aku malas). Aku minat individu ini sejak zaman muda lagi. Memang ‘full of adventure’ si Kassim ini. Ketika itu aku pun terikut-ikut idealisme Marxisme-Leninisme yang di pelopori oleh Kassim melalui Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). Beliau merupakan genius dalam bidangnya iaitu ‘sains politik’. Aku kagum dengan ulasan dia bahawa Hang Jebat sebenarnya hero (anti-hero?), aku mengikuti bagaimana dia hampir menang pilihanraya kecil Adun Merbok lama dahulu dan bagaimana ketika PAS dalam BN, PSRM Kassim Ahmad bertungkus lumus ingin memenangi Trengganu dan tewas di kesemua kerusi. Kesian. ISA bertahun-tahun tanpa bicara. Adventure Kassim Ahmad seterusnya berkisar di era ‘anti-hadis’ beliau. Teruk juga ulamak Pusat Islam berbahas dengan ilmu logik beliau. Hasilnya? Allah SWT sahaja yang tahu apa berlaku di Pusat Islam tahun 80an dulu. PSRM dari Malaya ke Malaysia. Aku confuse. Apa pun aku tetap respect individu Kassim Ahmad, amat sukar nak menggantikan orang terpelajar macam dia yang berpendidikan Singapore dan London di tahun 60an. Salute. Dalam era internet dan blog ini beliau boleh tulis ikut sukahati tanpa gangguan ‘ulamak-cerdek pandai’ Pusat Islam. Silakan ke blog ini dan fikir-fikirkan lah http://kassimahmad.blogspot.com/























5. Aku memang sanjung Bai bernama Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh yang lahir pada 28.6.1940 di Kedah. Seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang. Memang legenda dan akan sentiasa diingati sebagai tokoh politik yang mewarnai senario politik Malaysia sejak tahun 70an. Aku masih ingat ketika di tampar oleh seorang bomoh (arwah) sekitar 80an, arwah membela diri dengan mengatakan dia boleh melakukan tampar angin dari jauh dan Karpal menjawab ‘kalau awak ada hantu, akun punya hantu lagi besar’. Seperti Kassim Ahmad dia turut menjadi mangsa ISA. Karpal memang legend dalam politik Malaysia. Kalau panjang hayatnya aku pasti lama lagi kita akan mendengar antics si Karpal Singh – Bai tanpa serban.









3 Jan 2013

MAHARAJALAWAK MEGA 2012/2013 - PANDAINYA CENSOR

Lama tak 'new post'.  Reason : Malas.  Tak siapa pun 'miss' atau rindu blog ni. Ini aku pasti.  Nak cerita sikit.  Antara rancangan tempatan yang 'best' bagi aku ialah Maharajalawak Mega di 132 Astro.  Kena langgan Mutiara.  Pandainya kapitalis Astro.  Tapi 'honestly' memang berbaloi menantikan setiap malam Jumaat dan terpaksa menonton lagak mengada-ngada AC Mizal (walaupun masih ulang dengar Fiona, I Miss You dan Darling I Love You - memang klasik). 

Ada beberapa analisa ingin aku paparkan mengenai Maharajalawak Mega kali ini dan mungkin ada yang setuju dan ramai yang kurang setuju :

1.  Kewujudan peserta Singapura dan Indonesia hanya untuk menghabiskan beras.  PR (Hubungan Awam) exercise aje. Muhibbah konon. Aku rasa Astro tidak ditayangkan di Singapura dan Najip (who?) memang pak sibuk dan ada satu rancangan dengan lantang mengatakan salah seorang kumpulan "bodoh' dengan slang Boyan Singaporenya kerana mereka perli komen bodoh dia. Begitu juga menjemput Wulan (who?) dari Indonesia.  Kalau gitu berbaloi juga jemput pelawak-pelawak Brunei.  Atau Brunei semuanya berwatak serius dan tidak ada pelawak.

2.  Hanya dua saja yang consistent boleh buat aku ketawa.  Jambu yang mampu think out of the box dan Jozan yang mcm kata Najip (malangnya juri-juri lain dumb-dumb belaka) 'serasi' dan mampu buat aku ketawa. Atau sekurang-kurangnya senyum.

3.  Yang sudah tersingkir setakat ini yang aku kesian ialah kumpulan Balas.  Bagiku mereka ni juga thinking out of the box.  Cuma orang-orang yang 'perasan baik di Astro' tidak dapat menerima 'double meaning mereka'.  Lain-lain memang layak tersingkir - AR Badol yang mungkin ketandusan idea lawak atau berbeza zaman atau memang tidak dapat berkembang dah otak warisan AR Tompel beliau.

Sekarang biar aku luahkan apa yang aku rasa mengenai 'double meaning' dan censor yang berlaku dalam rancangan ini. 

Pertama, mengapa mesti di censor dengan 'membisukan dialog' (Aku setuju dengan 'terus menerus' yang lewat beberapa saat untuk tujuan censor.  Tetapi censor ini hanya untuk suasana extreme seperti mencarut melampau - Puki Mak, Burit Kakak kau, Haram Jadah Babi Sial Gampang kepala Butoh dan lain lain. Tetapi bukan censor kerana kononnya ada makna terselindung.) Celaka betul mereka yang perasan alim mengcensor perkara-perkara yang tak extreme.

Aku ingat lagi ketika Presiden Clinton di isap konek oleh betina Monica Lewinsky dulu, stand up comedy Barat yang sering ditayangkan di TV Malaysia (RTM dan TV3) lebih lucah dari lucah dengan double meaning mereka....tak tapis pun.  Ini cerita pasal air ludah sapu kat 'kepala' agar 'senang masuk' terus dianggap bahaya oleh Awie IQ -100.  Dan Balas terus disingkir.  Orang yang censor ini alim ke?  Kalau bertaraf Haron Din, Azhar, Asri ex Mufti, Harunssani  atau Hasan Ali Anti Murtad tak apa jugak. Ini entah sapa-sapa. Pirahhh.

Apa pun aku doakan agar Jambu juara walaupun kini lebih menuju kepada Jozan.  Dan aku juga berharap kumpulan Nabil tewas kerana terlalu berpropaganda anti-Yahudi.  Pandai ke mereka dengan sejarah Arab-Israel???  Tapi derma ke Gaza mencecah jutaan RM. Ego bodoh ada la....

Aku suka Jambu kerana mereka yang pernah popularkan "APA PUN TAK BOLEH" mungkin menyindir suasana censor ini dan ini juga bakal menyebabkan mereka tewas. Semuga mereka berjaya mendapat RM 500,000.

Sekian dan jangan lah ada yang ambil hati.  Ini analisa aku dan ikhlas.  Rancangan ini tetap popular dan menjadi fenomena macam era Mawi dulu.



1 Nov 2012

SIMPAN BARANG LAMA - MISTERI ABADI

Ini cerita 'benar'.  Cerita aku. Antara yang paling aku takut dalam dunia ini ialah mati lemas (itu sebab sehingga sekarang lebih baik cuba hafal Jus Amma dari belajar berenang), penyakit kanser usus dan prostat, syirik (tiada maaf bagimu - terus to HELL) dan affair dengan janda yang berpengalaman (dia pulak ajar kita macamana nak bersetubuh).  Tapi sejak kebelakangan ini aku juga takut dengan tiga barang peninggalan arwah ayah aku yang aku simpan elok-elok dalam kotak.  Aku takut 'memuja' barangan itu kerana takut nanti jadi syirik. Ada orang kata barang-barang ini ada penunggu.  Pasti bukan Malaikat tetapi makhluk lagi satu - Jin.  Menaip ini pun sudah seram bulu tengkok dan bulu kote aku.

Ceritanya begini:

Arwah ayah aku suka simpan barang antik. Tetapi dia bukanlah fanatik dan sanggup belanja ribuan RM membeli barangan tersebut seperti kawan pejabat aku yang sudah ada satu muzium kecil membeli kesemua barang lama seluruh dunia.  Bagi ayah aku, barang-barang ini diberi oleh rakan-rakan karibnya lama dahulu.  Simpanlah dalam almari berkunci di rumah dan sesekali akan ditayangkan kepada anak-anaknya.  Cuma abang dan adik (arwah) aku saja yang berminat.  Aku dan kakak tak berminat langsung.  Kakak aku sekolah agama dan tau hukum hakam syirik dan taksub buta dengan barang-barang ini. Aku ingat beberapa tahun dahulu arwah adik aku 'mengambil' sebilah keris Minangkabau pemberian kerajaan Indonesia kerana peranan arwah ayah mengkebumikan Halim Perdukusomo di Lumut waktu WW II dulu (apa di buat pilot Indon terbang di ruang udara Malaya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu). 

Selepas 'mengambil' keris ini dari bilik arwah ayah tanpa pengetahuan ibu, kononnya adik aku ini mula mengasam limaukan keris ini dengan kemeyan 13 Mei (kemeyan special untuk signal Melayu di Perak datang berkumpul kalau diserang China).  Akhirnya, keris ini lesap dan adik aku pun meninggal pada tahun 1997.  Ada kawan-kawan arwah bercerita (mungkin auta) bagaimana orang tua berjanggut putih datang ke kubur arwah adik di Melaka selepas di kebumikan.  Wallah hu Alam.

Tetapi ada sebilah lagi keris yang ditinggal arwah ayah.  Bersalut kain putih dan masih ada bekas darah orang yang dibunuh.  Keris ini disorok oleh ibu kerana abang dan adik ingin memilikinya ketika ibu masih hidup. (Mungkin nak mintak nombor ekor) Ayah pernah bercerita (mungkin juga auta) bahawa datuk dia pernah membunuh panglima-panglima China di Parit dan Bota Kanan ketika komunis menyembelih Melayu zaman dahulu dan keris ini juga pernah menikam buah pelir seorang pahlawan China yang kebal.  Dan hanya lut kalau pelirnya ditikam.  Wallah hu Alam.  Apa pun kesan darah memang ada dan sejak aku menyimpan 'harta pusaka' ini aku tidak pernah membuka kain putihnya lagi dan kali terakhir aku melihat keris ini secara 'bogel' ialah tahuh 2008 ketika aku jadi yatim piatu dengan pemergian bonda tersayang.

(Begini lah rupa kerisnya walaupun bukan original kerana aku takut nak tangkap gambar sebenar)

Benarkah keris yang aku warisi dari arwah ayah yang pernah membunuh panglima China di Parit dan Bota Kanan ini mempunyai 'kuasa misteri' atau hanya besi karat yang sepatutnya dicampak ke lautan dalam?  Atau merupakan peninggalan secebis sejarah silam hubungan Sino-Malay di Malaya? Apa pun aku takut syirik.  itu aje.

Mungkin ada politician yang mahu menang pilihanraya ingin memiliki keris ini.  Terutama kalau ditentangnya calon China kerana sudah ramai panglima China tumpas (termasuk yang kebal) dengan keris ini. In fact, abang aku pernah meminta keris ini di tahun 2009 kerana di kawasannya ada pilihanraya kecil dan dia inginkan keris untuk memenangkan kawannya yang menjadi calon BN.  Aku hanya ketawa besar dan marah bukan main lagi abang aku tu.  Seorang doktor yang aku selamatkan dari syirik.  Mujurlah kawan dia menang pilihanraya tersebut dan sudah pun jadi ADUN.  (Mungkin keris boleh mambantunya merampas deposit penentang dia dalam pilihanraya akan datang atau bagi aku : kerana kekuatan BN yang memeritah sejak 1957 dan tidak perlu keris untuk membantu.  Cukup sekadar simbol Keris di bendera UMNO yang hebat).

2.  Barang kedua yang ditinggal ayah ialah Kayu Tas.  Kononnya arwah ayah bercerita (ini mungkin benar dan tidak ada unsur auta mengenai asal usul kayu ini) bagaimana seorang askar Melayu yang bertugas di Sarawak pulang bercuti dan menghadiahkan ayah kayu tas ini.  Dia terhutang budi kerana ayah aku 'menyelamatkan' dia (bukan dari dibunuh komunis) dari berkahwin dengan anak saudara ayah aku yang 'tidak berapa molek' perangainya. Arwah emak aku menggelar dia 'jalang jinak'. (Untuk makluman, askar tersebut mati terkena jerangkap samar NKCP - North Kalimantan Communist Party beberapa tahun selepas memberi kayu tas itu.  Sementara sepupu ayah masih ada di Bagan Serai dan sudah berusia lebih 70 tahun. Settled down dengan konduktor KTM - arwah - dan jadi orang baik-baik). Kayu tas ini kononnya kayu tas jantan dan ditakuti harimau dan binatang buas serta serangga bisa.  Aku tidak akan berani uji dengan masuk kandang harimau.  Upah sejuta pun aku tak mahu.  Ayah pernah membawa aku menonton sarkas India di tahun 70an.  Ketika itu Royal India Circus setiap tahun datang ke Ipoh membuat show.  Harga tiket ketika itu 50 sen dan RM 1.00 sahaja dan persembahan sungguh professional terutama flying trapeze tanpa jaring penyelamat. 

Satu hari aku dan adik ikut arwah ayah ke sarkas itu dan kami duduk di seat hadapan macam VIP.  Ayah membawa kayu tas ini dan ketika Harimau Bengal yang besar-besar membuat show tetiba semua tidak keruan dan terus duduk atau masuk balik ke kandang tidak mau buat show.  Penonton mulai resah dan ada yang mula 'boo'.  Ayah hanya tersenyum sementara kayu tas yang 'menyamar macam tongkat' digosoknya.  Betul ke? Atau ada sebab lain harimau-harimau itu (8 ekor semuanya) enggan berlakon hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Show harimau merupakan climax sarkas ini dan penganjur terpaksa memulangkan balik RM 3.00 kepada ayah dan semua penonton lain.  Tetapi selepas itu ayah tidak lagi berani 'menganiaya' sarkas atau membawa kayu tersebut ketika melawat zoo.  Aku pulak pernah melambai-lambai kayu tersebut terhadap kucing-kucing liar belakang rumah, tetapi tidak jadi apa-apa pun. Mungkinkah kucing tidak sama dengan harimau.  Atau peristiwa di Royal India Circus itu hanya kebetulan dan harimau-harimau itu masuk musim mengawan? Sekarang kayu ini aku bungkus dengan kertas surat khabar lama.  (Aku guna akhbar HARAKAH - HUDUD DAN SEBAT - mungkin sebagai pendinding sebarang kemungkinan). (Ini pun gambar kayu tas dari internet). Aku juga teringat cerita Si Tora P. Ramlee yang hilang filemnya entah kemana, bagaimana hero guna kayu tas untuk berlawan dengan harimau jadian.

3.  Barang terakhir peninggalan arwah ayah ialah songkok lama yang tetap berbau harum. Pelik sejuta pelik. Arwah ayah pernah becerita (yang ini aku 50-50 sebab ada yang aku tengok dengan mata kepala dan selebihnya aku berharap tidak ada usnur kelentong).  Di kampung Tebing Tinggi Ipoh disekitar 60-70an ada kedai runcit yang dikendali oleh seorang Mendeling Sumatra bernama Alias.  Aku panggil dia Pak Lias. Pak Lias bagi aku kapitalis yang mahir berniaga dan kedai runcitnya merupakan yang paling laku dikampung itu.  Satu hari ketika aku berkunjung ke rumah Opah belah arwah ayah, kedai runcit Pak Lias hiruk pikok dengan tetamu dan beberapa kereta dari Kedutaan Indonesia.  Aku sempat menjengok di atas kedai itu dan kelihatan seorang tokoh semacam Adam Malik (Pemangku Presiden Indonesia di era pasca Konfrontasi).  Arwah ayah terus memberitahu bahawa Pak Lias adalah sepupu Adam Malik.

To 'cut long story short', Adam Malik memberi Pak Lias dua buah songkok kegemaranya.  Satu songkok milik dia dan satu lagi .... jeng,jeng, jeng ... nanti aku sambung cerita.  Kononya, songkok Adam Malik dan 'sebuah' lagi itu adalah songkok-songkok hikmat. Wallah hu Alam.  (Tetapi di tahun 80an apablia aku terbaca dan follow cerita Mona Fandey maka aku yakin lah bahawa orang Indonesia memang percaya dengan hikmat songkok di kepala). Kebal, popular, penunduk, jauhi musuh, dan mungkin macam kayu tas, harimau pun lari lintang pukang.  Atau semakin tegang konek ketika sex. Pak Lias memang rapat dengan arwah ayah aku dan jirannya arwah Opah aku. Maka dia menyerah songkok satu lagi kepada ayah aku.  Mungkin kerana pemilik songkok ini 'lain dari yang lain' maka Pak Lias enggan menyimpannya dan beranggapan ayah aku mampu 'control' ketika menyimpan songkok 'ajaib' ini.  Ayah aku memberitahu aku, songkok ini milik DN Aidiet, tokoh komunis Indonesia yang jauhhhhh lebih hebat dari Chin Peng atau Rashid Maidin.  Cuma kedai Mydin aje yang mampu menandingi pemimpin Indonesia ini kerana semakin ramai mengambil pekerja Indonesia. Songkok ini bercorak Aceh yang kononya diberi kepada Adam Malik oleh DN Aidiet kerana komunis tidak suka pakai songkok.  

Pak Lias turut memberitahu ayah aku, songkok ini sama hebat dengan Songkok Sukarno kerana ada 'kuasa luar biasa'.  Selepas membaca pembicaraan Mona Fandey di Pahang sekitar 80an baru aku teringat akan songkok DN Aidiet ini.  Ketika aku diberi songkok ini bersama kayu tas dan keris hitam 'berdarah' aku cuba memakainya ketika berjemaah maghrib satu hari. Pertama,  songkok ini berbau harum macam minyak attar walaupun aku sedar songkok biasanya berbau hapak kerana sering kering dengan air solat dikepala. Kedua, pada hari pertama akau memakai songkok 'misteri' ini dari maghrib hingga isyak, aku mimpi didatangi seorang tua berjubah merah yang mengatakan songkok ini boleh mendatangkan kemewahan.  Aku seram sejuk dan kecut telor celah kangkang. Ketiga selepas peritiwa ini (tahun 2010) aku terus menyimpan songkok 'keramat' ini dalam kotak simpan songkok dan letak bersama barangan peninggalan arwah ayah yang lain.

Adakah songkok ini benar-benar milik DN Aidiet? Apakah aura special songkok ini, sehingga ketika aku memakainya ke masjid seluruh jemaah datang bersalam dengan aku sambil senyum (nasib baik bukan di ketika sembahyang Juma'at di masjid utama, kerana pasti aku overshadow PM sendiri bila ribuah jemaah datang bersalam dengan aku) ? Benarkah ada penunggu songkok ini kerana ketika aku decide nak simpan dalam kotak aku sering diganggu oleh si jubah merah dalam mimpi? (Hanya setelah aku minta sembahyang hajat dan membungkus kotak songkok dengan kain merah - mungkin warna komunis ? - baru episod 'pengunjung mimpi' ini tamat). 

(Gambar DN Aidiet dan jenis Songkok Acheh). - Semuga Allah SWT mencucuri rahmat kepada tokoh Indon yang aku hormati ini.  Walaupun dia berideologikan komunisme.

Jadi persoalan yang timbul ialah bagaimana aku mampu menyimpan semua barangan 'misteri' ini.  Aku yakin (bukan auta) kalau kita ingin percaya perkara-perkara aneh dan tak masuk akal yang mampu di lakukan oleh barang-barang ini, pastinya akan berlaku. Mungkin songkok ini boleh digunakan oleh tokoh-tokoh politik yang berhasrat menjadi 'winnable' candidate di PRU 13 yang akan datang. In fact, kalau Karpal Singh yang tidak ada serban, atau Lim Kita Siang nak try pun pasti mereka menang dan calon BN hilang deposit. Tapi kalau mereka offer pun aku tak kasi.  Maybe aku beri mereka keris bunuh China itu.

Aku prefer kasi songkok ini kapada calon Melayu, terutama yang gerenti tewas kerana asyek lompat parti.  Beri dia songkok ini, tanding kawasan Parlimen agar boleh gedebe di Parlimen bertumbuk dengan pembangkang, agaknya tewas lah semua yang menentang dia.  Kayu tas pula aku gunakan untuk menakutkan harimau di zoo negara.....tapi yang nyata aku TAKUT syirik dan aku pasti akan simpan dalam kotak khas di bilek stor rumah aku.  Biarlah, kalau orang kata semua barangan boleh jadi pelaris restoren, mengeraskan konek macam kayu hutan, menjadi ketua kampung yang dihormati dan diberikan anak-anak dara untuk dinikahi dan disetubuhi, atau apa saja. Aku tak mau layan. Nak guna songkok sembahyang Juma'at dan hari Raya pun aku cuak...apa pun semua barangan ini akan kekal hingga kiamat dan sesungguhnya yang berkuasa di mukabumi ini hanyalah ALLAH SWT.

     

9 Okt 2012

POLITICIAN WANITA MESTI CANTIK DAN ADA 3 C

Aku akan sentiasa kagum dengan ahli-ahli politik wanita.  Ramai pasti berfikiran bahawa dunia politik, seperti dunia memanjat pokok kelapa serta sukan rugby, adalah 'dunia lelaki/dunia jantan'.  (Walaupun memanjat pokok kelapa juga merupakan 'dunia kera' - ahli politik serta kera tidak jauh bezanya). Pemikiran ini adalah salah, silap dan ternyata berunsur 'cauvinisme jantan'.  Sudah lama cerita 'wanita' jadi pemimpin di dunia ini dan bagi aku mereka semuanya 'cantik-cantik' disamping 'cerdik-cerdik' dan juga 'celah kaki lebat serabut' - yang ketiga hanya untuk mencukupkan kriteria TIGA C wanita berpolitik.

Pertama aku akan 'analisa' sekitar negara tercinta, Malaysia.  Walaupun belum dan TIDAK AKAN BERLAKU Perdana Menteri Wanita - tetapi sudah lama ada pemimpin wanita yang 'terror-terror' dari era Shamsiah Fakeh, Khadijah Sidek dan Aishah Ghani hingga lah ke zaman sekarang yang aku gelar era ahli-ahli politik para wanita Malaysia dari berbagai bangsa yang ternyata COMEL-COMEL (satu lagi C yang ternyata bukan Clitoris Panjang menjela). 

Aku memang kagum dengan tiga tokoh ini,  arwah Shamsiah Fakeh yang mengaji Quran tetapi 'terpaksa' berjuang di hutan Malaya dan akhirnya tinggal di negara Mao Tse Tung yang berladaskan Komunisme. Propaganda anti-komunis telah 'melupakan' perjuangan anti-imperialis Inggeris arwah Shamsiah. Yang beruntung tetap arwah Ahmad Boestamam.  "Skandal' dahulu terus ke jinjang pelamin, tidak sorok-sorok macam sekarang.

Arwah Khadijah Sidek pula masih di ulang-ulang oleh para pemimpin PAS yang kehabisan modal sebagai calon wanita dari PAS sebagai membuktikan bahawa wanita juga boleh jadi calon dalam PAS.  Walaupun insiden in berlaku puluhan tahun yang lalu. Akhirnya, bekas Ketua Wanita UMNO Aishah Ghani yang berjuang sejak era Shamsiah dan Khadijah, cuma dia sebelah kerajaan dan tidak angkat senjata macam Shamsiah atau terus berhaluan kiri seperti Khadijah.  Aku tetap respect ketiga-tiga mereka ini yang mengharung liku-liku politik yang serba mencabar. Tabek buat kamu dan semuga panjang umur Aishah Ghani.



Apapun ketiga-tiga mereka, Aishah Ghani (atas) dan Khadijah Sidek (bawah) serta Shamsiah Fakeh (muda dan berumur di bawah) berwajah cantik dan ini perlu untuk mengembangkan pengaruh, terutamanya di dunia jantan-jantan sebagai pengikut penyokong.
(Khadijah Sidek - Atas)
(Shamsiah Fakeh - Muda dan Berumur)






Itu era dulu sebelum dan selepas 1957. Semuga Allah SWT mengampuni dosa-dosa mereka dan memberkati segala perjuangan mereka.  Sekarang Malaysia di anugerah pula oleh ramai ahli-ahli politik wanita yang cantik-cantik, cerdik-cerdik dan celah-celah.....



(Nurul Izzah - Atas dan Noraini Ahmad - Bawah)


Syukur Alhamdullilah. Aku mula dengan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.  Semangnya manis, cantik dan menawan serta layak di gelar Puteri Reformasi satu ketika dulu.  Sehingga kelamkabut pihak satu lagi melantik Siti Nurhaliza sebagai 'Puteri' BN.  Malangnya Siti lebih gemar mengaut rezeki dengan menyanyi dari menjadi ADUN atau MP di Lipis, Pahang. Di samping Nurul Izzah aku juga 'suka sesangat' dengan Bekas Puteri Umno, Noraini Ahmad.  Memang 'sweet original' lambang gadis Melayu dan dapat setanding dengan kecantikan Nurul Izzah.  Malangnya, tidak begitu bertahan kerjayanya dalam politik. Sayang sejuta kali sayang. Kalau bukan politik sebagai kerjaya dia pasti menjadi pelakon filem popular ala-Lydywati dan Maya Karin - Memang dia manis.  Yang nyata, semua itu anugerah Allah SWT. Aku pernah mendengar kedua-dua tokoh di atas ini berceramah, memang talented, kalau semua gadis-gadis Melayu berbakat macam Noraini dan Nurul Izzah aku pasti haru biru se Malaysia kerana kaum lelaki dan jantan akan lari lintang-pukang takut kena Queen Control tanpa perlu syirik menggunakan nasi kangkang dan kencing gajah.

Di pihak bukan Melayu pun ramai ahli-ahli politik wanita yang cantik-comel.  Dan ramai dari mereka terdiri dari anggota pembangkang walaupun ada juga dari MCA dan yang belot dari DAP hingga tumbang kerajaan Nizar di Perak satu ketika dulu.  Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan memang memiliki senyum menarik.  Boleh menarik ramai pelancong ke Malaysia.  Itu lah tugas utama dia.  Memang aku suka nengok wajahnya yang ada unsur cerdek-cantik.  Cerdek dulu baru cantik dan bukan lambang China Doll yang diminati seorang VVIP tu.  Hee Yit Foong pula menang atas tiket DAP.  Aku memang benci yang lompat parti dan tidak ada pendirian.  Tetapi aku tetap minat dengan senyuman killer dia.  Adussss.  Sehingga boleh tumbang sebuah kerajaan negeri memang hebatlah dia. Semuga segala-segala hantu puaka di Jelapang membalas dendam terhadap dia.  Ratu Spray.

Senyuman Yen Yen (gambar sebelah) dan Yit Foong (gambar bawah) akan terus kekal di minda aku. Semuga mereka tetap 'winnable' dalam pilihanraya akan datang.  Biar rakyat dan pengundi menentukan. Samada industri pelancongan terus maju di bawah kepimipinan Yen Yen dan Perak Darul Ridhuan maju makmur di bawah Yit Foong. Semuga success ahli-ahli politik wanita di Malaysia.  Kerana kecantikan mereka ibarat bulu-bulu lebat di celah kangkang mereka.


(Hannah Yeoh, Elizabeth Wong, Fo Poh Kuan dan Teresa Kok)



Di pihak pembangkang pulak lagi ramai yang cantik-cantik selepas Nurul Izzah.  Ada empat orang dalam ingatan 'kasih sayang' aku.  (Lihat Gambar-Gambar Kiri dari atas ke bawah) Pertama, Hannah Yeoh, cantik menawan dan orang Subang Jaya tempat aku mengundi.  Walaupun aku 'tidak' mengundi dia. Tokoh Satu Malaysia yang berkonsepkan Muhibbah. Kedua, Elizabeth Wong, Bukit Lanjan. Aku suka dia bukan hanya disebabkan wajahnya yang voluptious tetapi kerana dia 'suka' Melayu. Kalau Pakatan menang menyeluruh aku pasti dia akan menggantikan Yen Yen selaku kouta ahli politik China mengisi kerusi Tourism.  Winnable kerana kecantikan dia.
Ketiga, aku sebagai orang Perak sudah lama minat dengan si cili padi ini, Fo Poh Kuan (product UIAM) yang sudah begitu lama 'winnable' di Batu Gajah, tempat aku 'pernah jatuh dan mengenang'.  Aku pernah tengok si Fo ni berbahas di Parlimen.  Memang 'samseng cerdek' dan boleh terus tempatkan Aaron Aziz Samseng KL ke peringkat samseng sekolah rendah. Keempat, Teresa Kok the Queen of Seputeh yang sudah lama 'winnable' di Cheras. Dia complete, cerdik dan cantik dan 'mungkin' celah-celah lebat. Aku memang sayang dengan dia dan semuga tokoh macam ini kekal di parlimen atau DUN Selangor. I love you 'sister' Teresa yang seiring dengan Mother Teresa. Semuga ramai lagi kewartawanan tidak beretika meminta ma'af dengan kamu.


Sekarang cuba kita lihat tokoh-tokoh pemimpin wanita dunia. Aku mula dengan Yingluck Shinawatra di Thailand. Sudah lama negara Gajah Putih ini bergolak sejak rampasan kuasa terakhir tahun 2006 yang dikendalikan oleh General Islam, Sonthi Booyaratglin.  Bertukar-tukar Perdana Menteri macam Tun Mahathir tukar baju. Akhirnya, menang juga suku sakat Shinawatra, tetapi seorang wanita.  Pertama dalam sejarah Siam.  Hebat, seolah-olah para pengundi yang menyokong dia terdiri dari 'kakitangan' Patpong dan Soi Cowboy di Bangkok. Apa pun Yingluck memang lawa - lambang kelembutan Sawadee Karp wanita Thailand. Semuga dia kekal sebagai PM walaupun orang Islam di Selatan Thailand tetap bergolak dan restless.

Walaupun masih ada pemimpin wanita di seluruh dunia yang mampu menandingi jantan untuk jawatan Perdana Menteri, Presiden dan Ketua Negara, rujuk aje wikipedia, aku tetap kagum dan bangga dengan beberapa bekas Ketua Negara, yang mati natural, yang kena bunuh pun ada.  Jadi samalah treatment baik betina atau jantan jadi Ketua Negara semuanya akan menghadapi bahaya di bunuh macam Presiden Kennedy di tahun 60an dulu. 


Dalam ramai-ramai bekas pemimpin wanita dunia, aku paling admire Indira Gandhi the Great.  Memerintah sebuah benua besar dengan 'berbilang' sukubangsa, agama, bahasa, kebudayaan, filem-filem Bollywood dan sebagainya bukanlah mudah. Kalau aku diberi tugas tersebut pasti terberak-berak tiap hari serta tak sempat nonton Kuch Kuch Hota Hai atau Haathi Mere Saathi yang mengkhayalkan.

Ketika India dengan demokrasi menolak beliau, negara tersebut hampir hancur di bawah parti Janata yang terang-terang anti-Islam.  Akhirnya, mereka memilih Gandhi kembali seperti kembalinya kali kedua buat Chuan Leekpai di Thailand yang juga haru-biru di sumpah oleh orang Islam Selatan Thailand yang sering menderita di tindas Bangkok.

Tetapi akibat serangan ke atas Amritsar yang bagi kaum Sikh, ibarat Masjidil Haram bagi umat Islam, dendam Sikh terhadap Gandhi berakhir dengan serangan oleh dua orang bodyguard 'kepercayaan' dia.  Mereka sudah pun digantung.  Akibatnya ribuan kaum Sikh disembelih di seluruh India dan berlori-lori serban mereka dihimpunkan ibarat era Datuk Bahaman/Mat Kilau yang menentang askar Sikh British di Malaya suatu ketika dulu.  Berberapa kereta lembu di penuhi serban Benggali yang dibunuh oleh perwira Melayu ketika itu.   

Yahudi bukan sebarang Yahudi. Tamar Yahudi lazat sekali. Ketika Israel mula dibina atas darah orang Islam Palestin, Golda Meir menjadi Ketua Negara.  Aku pernah bertanya arwah ayah aku mengapa Yahudi perlukan wanita memimpin mereka - jawab ayah ringkas tapi padat .. Dunia akhir zaman. Golda Meir ( di atas) mungkin mendapat 'ilham' melalui rokok yang di sedut. Selain dari Indira Gandhi, satu perkara menarik mengenai penduduk Asia Selatan (Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka) ialah semuanya amat berminat dan menyukai wanita menjadi pemimpin mereka. Mungkin mereka gemar bau masam wanita Asia Timur.  (Macam tengkok Yan).
Sheikh Hasina (gambar atas).

Macam India dan Thailand, politik Bangladesh juga tidak menentu, maka dua tokoh, Khaleda Zia dan Sheikh Hasina Wajed menjadi Perdana Menteri untuk meredakan keadaan.  Era perempuan jadi pemimpin bermula sejak 1991 apabila teraju disandang oleh Khaleda. Lelaki yang memegang jawatan caretaker hanya bertahan satu tahun lebih. Kedua-dua Khaleda dan Sheikh Wanita ini melebihi 5 tahun dan berigilir dua kali seorang. 

Sehingga sekarang, PM Bangladesh adalah wanita. Sheikh Hasina nama diberi. Aku masih teringat berborak dengan seorang Bangladesh di musim haji tahun sudah.  Dia berbangga kerana baginya jemaah haji paling ramai selepas Indonesia datang dari Bangladesh.  (???) Lebih 150,000 menurutnya.  Apabila dia diberitahu kuota haji Melayu hanya 29,000 dia tersenyum sinis, kononnya Islam di Malaysia minima.  Aku pun tanya dia mengapa negara 'Islam'  Bangladesh dipimpin wanita. Terus senyap sunyi. Terkedu gamaknya si Bangla ni.  Kalau hilang sabar mau ditampornya aku di Baitullah tu.    

Pakistan juga sentiasa bergolak sehinggalah Benazir Bhutto menjadi PM (dua kali 1988-1990 dan 1993-1996) negara Islam Pakistan ini terus bergolak. Geng-geng ulamak dan tabligh munafik Pakistan tidak boleh terima wanita jadi pemimpin walaupun dimenangi melalui pilihanraya.  Akhirnya Benazir yang hidung semancung Indira Gandhi juga dibunuh, cuma bezanya kali ini dia terbunuh oleh pengebom berani mati.  Kesian, jantan tak mampu challenge Benazir digelanggang politik terus nekad membunuh dia.  Terlalu prejudis Anti-Hawa rupanya manusia ni kalau wanita jadi pemimpin.  Apa pun, Benazir, Indira, Hasina dan Khaleda semuanya mempunyai aura cantik-cerdek-celah pemimpin.

(Benazir dan Khaleda yang aku sayangi)


(Khaleda dan Srimavo yang juga aku cintai)


Satu lagi negara Asia Selatan yang pernah memilih wanita sebagai pemimpin ialah Sri Lanka. Srimavo Bandaranaike menjadi PM Sri Lanka sebanyak tiga kali.  Memang para pengundi di Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan India sentiasa sayang-sayang-benci dengan PM-PM mereka.  1960-1965, 1970-1977 dan 1994-2000 Srimavo jadi PM (18 tahun dari sejarah Sri Lanka).  Hebat orangnya dan kehidupan politik dia seperti dalam filem. Ups and Downs. Apa pun group hidung mancung anugerah Allah SWT ini ternyata memimpin dengan wajah cantik menawan.
(Margaret Thatcher - PM UK)

Aku masih ingat orang putih (Inggeris) bangga mengatakan empire jajahan mereka tidak berlakunya malam.  Matahari sentiasa ada sebab terlalu besar.  Tetapi bila PM pertama wanita, Margaret Thatcher dipilih sebagai PM dari 1979-1990 dan merupakan paling lama mengetuai United Kingdom, samalah seperti Israel, Thailand, Sri Lanka, India, Pakistan dan Bangladesh kaum jantan sudah kehabisan modal dan memerlukan wanita menjadi pemimpin.  Kesian, kesian, kosong-kosong. Najwa. banyak buku mengenainya, beli dan bacalah. Apa pun, si hidung mancung ini juga melambangkan kecantikan ahli politik wanita. Ungkapan 'Iron Lady' adalah merujuk kepada dia, ditiru oleh setiap pemimpin wanita selepas dia - semuanya perasan cuma.  Sudah pun berumur 87, tahun ini.  (Kalau arwah ibu masih hidup sudah sebaya dgn Margaret). Semuga panjang umur si Wanita Besi ini.

Selain Thailand, negara ASEAN Filipina juga pernah menikmati bukan satu, tetapi dua pemimpin wanita, Maria Corazon Sumolong Cojuangco Aquino dan Gloria Macapagal Arroyo.  Pelik nama Filipino ni.  Panjang menjela-jela dan kalau isi borang imigresyen pasti berjam-jam.  Lagi satu, Filipino tidak seperti Malaysia atau India, tidak disentuh oleh Imperialis British, mereka lebih condong ke Amerika.  Maka ketua negara buka PM tetapi Presiden. lagi satu ialah seperti India dan mungkin Malaysia, sehinggakan pembangkang ada dinasti tersendiri, suku sakat di Filipina adalah pemimpin politik.  Cory dipilih menjadi presiden ke 12 setelah suami dibunuh point blank dengan pistol bukan guna C-4 oleh pembunuh upahan bulan Ogos 1983 sehingga jatuh rejim Marcos melalui gelombang Kuning (bukan Bersih).  Sekarang anak Cory pula jadi Presiden ke 15 - President Benigno Simeon Cojuangco Aquino pada tahun 2010.  Sebelum dia, Gloria Macapagal Arroyo menjadi Presiden ke 14 dan dia juga anak kepada bekas Presiden Diosdado Macapagal. Wow, menyembur air lior menyebut nama-nama mereka ni. Haru biru politik Filipina seperit politik Thailand tidak lain tidak bukan kerana doa orang Islam yang tertidas di Selatan Filipin seperti di Selatan Thailand. Apa pun, bagi aku, orang Filipino juga gemar suasana politik negara mereka seperti di Asia Selatan seperti dalam filem.  Maka jadilah pemimpin wanita cantik-cantik menjadi Presiden.  memang aku minat sebab mereka pendek dan cute-cute dan mampu menentang gelombang politik jantan disekeliling mereka.



(Cory - Atas, Gloria - Bawah)

Sekarang biarlah aku berkhayal sedikit.  Bagi aku, ahli politik wanita paling cantik dan paling cerdek dan palaing celah ialah RAFIDAH AZIZ, the Queen of Kuala Kangsar yang lebih 'keras' dari Iron Lady. Tidak dapat dinafikan lagi. Kalaulah dia diberi peluang menjadi 'winnable' candidate di Kuala Kangsar aku yakin dia akan menang dengan majoriti mutlak kerana pembangunan Kuala Kangsar (pekan bersih dan menjadi bau udara MCKK yang hamis) yang semakin meyerupai Sydney dan New York adalah hasil minda tajam Rafidah Aziz.  Semuga dia di pilih dan aku paling gembira di dunia.  laksa Kuala Kangsar yang sama lazat dengan tamar Yahudi akan terus kekal. I love her so much si hidung man.... (sorry manis ini).




Dan akhirnya, kalau ada ahli politik wanita yang bertaraf artis Melayu yang bakal naik menjadi PM Malaysia pertama, aku tetap berdoakan agar dua wanita cantik teramat sangat ini di pilih. Pastinya seorang akan berjaya. Konsep 'bermadu' tidak berlaku dalam menjadi PM Malaysia, imagine Malaysia ada empat PM wanita sekaligus macam maxima orang Islam di benar bersetubuh secara halal dengan empat orang. Aku pilih Umie Aida, Azalina dan Abby Abadi.  Umie kalau dia berjaya menjadi Ketua Wanita UMNO dan terus dilantik Presiden UMNO dan BN memerintah.  Atau peguam Azalina sekali lagi dilantik di Penggerang dan menjadi Ketua Wanita UMNO atau Presiden UMNO yang disokong lelaki UMNO, Abby Abadi kalau PAS memerintah Malaysia dan sudah tidak ada tokoh Melayu Islam lelaki lain yang mampu jadi PM. Atau bilangan calon Parlimen Wanita dari pembangkang (Pakatan) dan BN sekarang memenangi kerusi majoriti di parlimen.  Kerajaan Wanita yang di pimpin betina akan bermula. Yahoo.com. 

Apa pun sesiapa saja diantara yang aku idamkan kalau jadi PM Malaysia, aku yakin Malaysia akan maju makmur dan rakyat akan menjadi cerdek, cantik dan celah lebat. Semua akan aman dan tidak gaduh-gaduh kerana mereka akan fantasize PM mereka, siang malam. Segala kata cacian....kosong-kosong akan kekal kosong macam Najwa. Dan aku juga yakin masalah Rohingya di Myanmar juga akan dapat diselesaikan oleh sebarang pemimpin wanita Malaysia setelah dilantik jadi PM.  Mengapa? Sebab pastinya mereka akan berunding dengan pemipin wanita Myanmar, Aung Sann Suu Kyi.  Yang finally berhasil dipilih melalui peroses demokrasi...harapnya tidaklah menghadapi suasana Benazir dan Gandhi yang terpaksa menghadapi lelaki/jantan yang tidak mau menerima hakikat wanita boleh memimpin kaum lelaki.  Sekadar jantan pengecut membaling cat merah biasalah. Boleh dibals balik dengan membaling lamping 'merah' mereka.

Kalau berlaku di Perak dan Malaysia akhirnya menikmati dan melihat wanita Melayu pertama di lantik sebagai YAB Menteri Besar Perak, aku pasti kalau wanita itu Rafidah Aziz, dan aku gembira gegiler, ada ulamak Perak yang bakal mengeluarkan fatwa ultimate Wanita boleh memimpin kaum lelaki kerana wanita itu Rafidah Aziz, aku sokong seratus peratus. 

(Aung Sann Suu Kyi - Heroine Myanmar Moden)
(Azalina Othman)