Print Document

Print Friendly and PDF

31 Jul 2012

MASJID HIJAU - MASJID PALING AKTIF DI SELANGOR.

Ini kubah Masjid Hijau di Bangi. Cantik, bersih dan pastinya kaya (derma orang ramai yang dermawan).  Tandasnya juga bersih serta ada kipas angin. Aku nantikan saat Masjid Hijau di hawa dinginkan. Pastinya lagi best. Walaupun suasana sekarang tidaklah panas kerana disejukkan oleh para malaikat, tetapi kalau berhawa dingin pastinya lebih selesa. (Dah tiga kali pastinya aku sebutkan). 

Pastinya keempat ialah Masjid ini merupakan masjid paling aktif di rantau Selangor.  Ada saja ceramah dari mereka yang bertaraf populis. Suatu ketika di jemput Badrulamin (sebelum tuduhan khalwat) mengimamkan Qiamullai.  Hampir 3,000 makmum hadir di pagi-pagi buta Hari Buruh 2011 itu. Baru-baru ini Ustaz "Rock & Roll" Azhar.  Juga ribuan yang hadir sampai tak tau mana nak park kereta. (Kalau lah Masjid Besi Putrajaya berani jemput Azhar di hari Jutaan Belia dulu pastinya - lagi pastinya -  tercapai usaha Najib jemput 1 juta belia tika itu).    
Apa pun, Masjid Hijau memang best. Dan akhirnya, pastinya setiap pengunjung tidak akan ghairah dengan wanita-wanita freehair bakal mengisi neraka.  Semua mesti bertudung litup seperti notis di sebelah. Jantan kaki seks tetapi tidak tinggal sembahyang pasti tidak ada peluang untuk steam konek.

Semuga Masjid Hijau tetap aktif seperti malam dia pelawa Hasan Ali berceramah tentang murtad sebelum esoknya dipecat oleh PAS. Ataupun ketika Sham Kamikaze berpeluang mempertahankan maruahnya dengan fitnah main dengan janda.  Apa pun aku sentiasa doakan Masjid Hijau (yang sentiasa ikhlas) ini kekal hingga kiamat. Amin.

Tiada ulasan: