Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Masjid Hijau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid Hijau. Papar semua catatan

4 Okt 2012

DALAMNYA ADA SYURGA...SEKSYEN 9 PENUH BARAKAH.

Sekali lagi aku ingin bercerita tentang Masjid Hijau di Bangi.  Syukur, baru-baru ini aku sempat ke sana berjemaah.  Di video masjid kata beriktikaf. Memang nyaman kalau bersendirian. Bersih dan tersusun. Ternyata seolah-olah sebahagian dari syurga.  Cuma kekadang yang bikin spoil ialah 'peminta sedekah' di sekitar masjid. Ada 'anak yatim' ada orang 'Bangla/Pakistan', ada yang macam pelarian Yemen, tetapi ramai anak yang mengaku piatu. Apa pun Masjid Al Hasanah ini sememangnya cantek dan menarik serta masjid dari syurga.

Tak sabar aku menunggu tahun hadapan. Siri ceramah haji dan mekah yang sudah aku follow sejak 2010. Memang best dan disampaikan dengan penuh keikhlasan oleh pensyarah yang bertauliah serta ada rujukan buku karangan sendiri. 

Kalau ada kesempatan serta berdekatan, berkunjunglah ke masjid ini.  Aku teringat seorang penceramah pernah berharap agar Bangi menjadi bandaraya Islam dan penuh tawaduk.  Masjid inilah yang menjadi 'lead' kearah itu.  Memang aku bersyukur kalau Masjid Hijau ini menjadi masjid utama di Bangi yang bakal menjadi bandaraya Islam. Tidak perlulah campuradukkan unsur politik. Biarkan neutral seneutralnya. 
Siang atau senja atau subuh, Al Hasanah tetap unggul, diberkati Allah SWT dengan sejuta keberkatan dan sejuta kemesraan.  Disitu ada syurga.

Akhirnya, kalau kesempatan jadilah ahli kooperasi Masjid ini.  Aku yakin segala wang dan yuran kooperasi yang kamu hulurkan akan dikendalikan dengan penuh kejujuran oleh AJK Masjid.  Dengan berkat perniagaan yang berunsurkan Rasulullah SAW dan Abdul Rahman Auf aku pasti akan menjadi jutawa kesemua para ahli kooperasi suatu hari nanti. Insya Allah.

31 Jul 2012

MASJID HIJAU - MASJID PALING AKTIF DI SELANGOR.

Ini kubah Masjid Hijau di Bangi. Cantik, bersih dan pastinya kaya (derma orang ramai yang dermawan).  Tandasnya juga bersih serta ada kipas angin. Aku nantikan saat Masjid Hijau di hawa dinginkan. Pastinya lagi best. Walaupun suasana sekarang tidaklah panas kerana disejukkan oleh para malaikat, tetapi kalau berhawa dingin pastinya lebih selesa. (Dah tiga kali pastinya aku sebutkan). 

Pastinya keempat ialah Masjid ini merupakan masjid paling aktif di rantau Selangor.  Ada saja ceramah dari mereka yang bertaraf populis. Suatu ketika di jemput Badrulamin (sebelum tuduhan khalwat) mengimamkan Qiamullai.  Hampir 3,000 makmum hadir di pagi-pagi buta Hari Buruh 2011 itu. Baru-baru ini Ustaz "Rock & Roll" Azhar.  Juga ribuan yang hadir sampai tak tau mana nak park kereta. (Kalau lah Masjid Besi Putrajaya berani jemput Azhar di hari Jutaan Belia dulu pastinya - lagi pastinya -  tercapai usaha Najib jemput 1 juta belia tika itu).    
Apa pun, Masjid Hijau memang best. Dan akhirnya, pastinya setiap pengunjung tidak akan ghairah dengan wanita-wanita freehair bakal mengisi neraka.  Semua mesti bertudung litup seperti notis di sebelah. Jantan kaki seks tetapi tidak tinggal sembahyang pasti tidak ada peluang untuk steam konek.

Semuga Masjid Hijau tetap aktif seperti malam dia pelawa Hasan Ali berceramah tentang murtad sebelum esoknya dipecat oleh PAS. Ataupun ketika Sham Kamikaze berpeluang mempertahankan maruahnya dengan fitnah main dengan janda.  Apa pun aku sentiasa doakan Masjid Hijau (yang sentiasa ikhlas) ini kekal hingga kiamat. Amin.