Kalau ada yang kesempatan di bulan Ramadan ni, disamping berlegar-legar mencari makan untuk mentahkedarah bila maghrib nanti, singgah le ke kedai buku berhampiran - standard MPH (nothing less). Look out for buku ni. Si Tora Harimau Jadian. Nukilan P. Ramlee. Kalau ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya filem ini. Ada beberapa kemungkinan. Setelah di 'haramkan' oleh RTM yang sentiasa flip flop dan mengikuti arahan imam-imam 'for the sake' ketika itu, filem ini terus lesap. Kedua, mungkin ada orang-orang tertentu yang ingin buat jutaan ringgit dan akan muncul dengan filem yang hilang ini suatu hari nanti. Ketiga, orang-orang pendatang Kerinci yang terkenal dengan 'jelmaan harimau' telah merampas filem ini kerana terlalu banyak auta oleh P.Ramlee. Kelima, mungkin ada orang yang ingin berniaga kayu tas di Borneo dan gunakan filem ini untuk iklan suatu hari nanti. Boleh mencapai jutaan ringgit simpan kayu tas kat rumah kerana dipercayai anti-penyamun dan anti-pukau. Keempat (?) - ya, sengaja 'tersasul' sebab bulan puasa ni....kempat 'Harimau' tak layak jadi filem, macam harimau Malaya. Jepun dan Korea Selatan dan tiap kali layak ke Olimpik walhal Malaysia yang pernah menyingkirkan Korea untuk layak ke Munich dan Moscow suatu ketika dulu terus tenggelam dan lemas. ... Apa pun belilah buku ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan