Print Document

Print Friendly and PDF

24 Jul 2009

PERMULAAN SATU PERJALANAN PANJANG...



Hi semua. Mengapa PANGGIL BURONG? Tidak ada seorang pun manusia biasa yang mampu membaca fikiran serta hati manusia lain. Ini urusan Allah SWT. Jadi biarlah ‘rahsia’ mengapa blog pertama aku ini di beri nama PANGGIL BURONG. Gambar profil pun merpati kat Masjid Haram di Mekah. Apa pun blog ini merupakan luahan fikiran, hati, nurani dan pendirian aku selama hampir 53 tahun (dah hampir 56 tahun - editor)bernafas di bumi Allah ini. Hentam ajelah.

Semuga aku berjaya ‘meluahkan’ ratusan, ribuan atau jutaan fikiran serta apa yang terbuku di hati aku selama ini. Sekali lagi, hentam sajalah. Kalau ada yang terserempak dengan blog ni, komen ajelah. Mungkin ada cetus rasa yang tidak menyenangkan. Anggaplah sebagai cetusan ‘kebebasan’…

Kerana tak ada tempat di dunia ini yang kita benar-benar bebas… percayalah…dalam hutan? Nak kena baham binatang buas. Di tengah pulau tanpa penghuni? Bebas untuk merasa ‘kesunyian”. Atas kepala lembu pun tak bebas...(dipetik dari kata-kata ustaz aku disekolah rendah sekitar 60an).

Burong merupakan sejenis binatang yang tidak merbahaya ‘harmless’…cuba letak sisa makanan seperti nasi atau roti kat belakang rumah. Burong pasti datang. Cuba tiba-tiba dua atau tiga hari makanan tidak disediakan, burong pun terbang jauh. Mengapa? Burong adalah binatang, tak ada peri’kemanusiaan’. Tak ada ‘hati-perut’ dan tak akan berterima kasih. Jinak-jinak merpati. Memang tepat. Nampak aje jinak, tapi nak tangkap memang payah…walapun ketika itu 'merpati' sedang menahan buritnya berair. Stim.

Apa pun tidak ada manusia (seperti membaca minda) ada ilmu Panggil Burong. Kecuali pandai pasang perangkap. Dengan itu, berakhirlah catatan 24 Julai 2009. Semuga blog PANGGIL BURONG dapat bertahan 51 tahun lagi. Mengapa 51? Mengapa tidak 100 atau 5 tahun? Sekali lagi, itu rahsia aku atau "kwamlap" dalam bahasa Siam…wasalam.

3 ulasan:

Natural Cure For Prostate Cancer berkata...

Pasai ko suruh, aku komenlah tapi tak tau apa nak komen. Tapi blog ini ada unsur2 keagamaannya. Main pakai hentam lagi...Namun ini adalah satu percubaan atau experiment yang baik...kita sangat2 harap ada tindak balas dari masyarakat..cheh...Luahan perasaan yang ikhlaslah yang kita sangat perlukan...apa lagi kalau ia membawa kepada kemajuan ke depan... jadi saya sokong dan teruskan usaha anda...

Panggil Burong berkata...

Terima Kasih. Suka hentam aje...dah lama tak menulis macam ni walaupun dah 28 tahun buat laporan untuk pemerintah. Tersekat-sekat - kau kira masuk dalam rekod orang pertama buat komen...again thanks..bro ke sis? Regards.

Natural Cure For Prostate Cancer berkata...

sama-sama. Saya seperti kau juga...serupa....bermisai berkumis...