Print Document

Print Friendly and PDF

31 Jul 2009

ISRAK MIKRAJ KAT MASJID/SURAU PRESINT 16.


(Gambar-gambar Masjid or Surau or Madrasah Presint 16)


Maghrib semalam (30 Jul 2009) aku sembahyang kat Madrasah (nak katakan masjid terlalu kecil, nak katakan surau agak besar dan sedang dalam proses upgrading, maka selamat aku kata madrasah aje…apa pun semua milik Allah SWT).

Ada ceramah oleh Professor Madya UKM mengenai Tarbiyah Israk Mikraj. Professor yang mirip Menteri Besar Perak Zambry ni (rupa-rupanya orang Kelantan- macamla setiap bertaraf ulamak mestinya dari Kelantan ??? Imam madrasah pun dari Kelantan).
Professor ini memang petah bercakap tapi dalam hampir sejam setengah berceramah aku tertarik dengan cerita batu tergantung kat MasjidilAgsa. Memang kagum katanya. Dia masuk melalui Jordan di pertengahan 90an dan aku sempat bertanya selepas ceramah. Professor kata passport antarabangsa tidak dicap. Pihak Yahudi hanya memberikan sekeping kertas kecil tanda masuk dan kemudian keluar. Memanglah teringin aku nak kesana…selepas Masjid Nabawi dan Masjid Haram memang aku nak ke sana…tapi apakan daya, Yahudi berkuasa dan suasana masih bergolak. Semuga dapatlah aku ke sana nanti. Insya Allah. Dan menikmati tamar Yahudi yang menjadi makanan utama majoriti para Rasul Allah kecuali Nabi Muhammad SAW dengan tamar Ajwa yang dijual RM 150 sekilo di Alamanda. Riba orang Islam...

Tiada ulasan: