Print Document

Print Friendly and PDF

27 Jul 2009

KUCING TAK PERNAH SETIA


Masa kecil dulu ketika membesar di Ipoh, Perak, banyak terdengar cerita kesetiaan binatang bernama ‘dog’ atau anjing. Rakan-rakan sedarjah yang kebanyakan anak polis hutan yang menetap di Ulu Kinta sering bercerita bagaimana anjing didik askar Melayu terkena jerangkap samar komunis dan mati. Anjing sanggup mati dari jerangkap ini terkena tuan-tuan mereka. Satu  pengorbanan?

Begitu juga ketika menyeberang sungai, anjing akan jalan dulu dan adakala hanyut dek arus, mati pun sanggup, asalkan tuan-tuan mereka hidup. Tapi adakah kucing setia macam anjing atau kuda? TIDAK. Kucing la binatang paling hablau. (Editor - Kecuali kucing hitam dalam hidupku.  Nanti diceritakan).  Cuba ambil kucing kesayangan orang lain, bawa ke rumah dan beri dia makanan kucing taraf borjuis yang di jual kat Parkson atau Carrefour. Terus tinggal dengan kita....

Tapi ada persamaan anjing dan kucing...masing-masing binatang, masing-masing kaki bodek, dan soal ampu-bodek ini sama lah macam manusia. Kucing, anjing dan manusia memang gemar bodek untuk survive. Terutama dua jenis manusia - kakitangan kerajaan terutama pegawai PTD yang perasan elite dan puak Kelantan yang gemar bodek secara grouping..macam sekawan anjing-anjing mencari mangsa...muka adakala hensem tapi otak yilek.

Tiada ulasan: