Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Syria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syria. Papar semua catatan

24 Sep 2012

BURONG HITAM, KUCING HITAM...

Ada orang 'pandai', atau perasan 'cerdek' mengatakan bahawa kucing hitam lambang syaitan dan iblis.  Bagi aku kucing hitam sama seperti kucing putih, kuning, belang, kelabu dan sebaginya, sama sahaja.  Kalau syaitan nak menyamar, apa warna sekali pun mereka akan menyamar. Tidak kira masa atau tempat.  Syaitan ada dimana-mana dan paling suka bertenggek dicelah-celah bulu kemaluan penari-penari bogel di Patpong, Thailand. Agar yang menonton pasti terliur untuk 'membeli' mereka.

Kucing hitam ada aura tersendiri.  Cantiknya juga tersendiri dan tidak ada tolok bandingnya. Kalau dilepaskan dimana-mana kucing hitam pasti hidup. Kalau di lepaskan di Narathiwat yang sedang bergolak dengan peperangan Republik Islam Pattani, atau di Syria dengan suasana anti-Assad yang berdarah atau di Chow Kitt Road bersama pelacur tua yang masih laku berniaga, kucing hitam pasti hidup dan survive. Tahulah dia cara mencari makan.

Kucing hitam juga lambang pertentangan kelas yang berlanjutan dan akan berterusan hingga kiamat. Kalau di Mekah berhampiran dengan MasjidlHaram akau terserempak dengan kucing hitam dan juga di masjid Hijau Bangi aku terserempak juga dengan kucing hitam, ini merupakan kuasa Allah SWT yang mempunyai hikmah tersendiri. 

Hidup kucing hitam hingga kiamat.  Pasti survive. Seperti popularnya lagu Hanya Nyanyian oleh Alfian - para genius lagu-lagu Indonesia yang jauh lebih maju dari penulis lirik dan penggubah Malaya. 


22 Ogo 2012

BUKU BUKU BARU

Kalau ada duit lebih.  Atau ada duit terlebih Hari Raya yang tak sempat diberi kepada anak-anak serta anak-anak saudara sedangkan duit itu dah termasuk dalam akaun sedekah duit raya, belilah buku-buku ini.  Pertama, dah masuk syawal kiranya bermulalah musim haji pulak. Buku Agar Haji Tidak Sia-Sia dianggap terbaik untuk bakal jemaah haji yang bakal mengharung dugaan tandas di Mina dan Arafah. Kedua, walaupun musim ENO mencuci perut, melega panas badan dan bermula, buku Bukan Sekadar Resipi ini pun best. Disamping resipi untuk dicuba ada cerita-cerita ego trip si penulis. Betul atau kelentong hanya Allah SWT yang tahu.  Ketiga, buku Air Mata Syria.  Satu lagi berbentuk travelog. Cerita kezaliman rejim Assad. Pastinya anti-Assad. Apa pun best sekadar mentelaah Arab Spring atau Pintu Armageddon yang bakal muncul. Belilah buku-buku ini dan bacalah...