Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

9 Sep 2012

THE 10 GREATEST MALAY RAYA SONGS EVER (PART ONE)

Seperti cap jari dan DNA, setiap manusia dicipta Allah SWT mempunyai cap jari dan DNA berlainan.  Begitu juga preference untuk sesuatu.  Seperti minat kepada artis tanahair, Hollywood dan Bollywood.  Ada yang masih meminati Uji Rashid dan Noor Kumalasari macam aku, ada pulak yang anggap mereka ini macam 'jalang tua' tak laku.  Apa pun itu hak masing-masing. 

Sekarang aku nak analisa lagu-lagu Raya Melayu.  Musim lagu Raya 2012 sekali lagi datang dan pergi dan akan berakhir minggu hadapan dengan weekend terakhir Syawal.  Insya Allah, lagu Raya pasti muncul kembali tahun depan bersama sembahyang Terawih dan Lailatul Qadar. Lepas ini, era Aidil Adha pulak dengan batch batch dan flight KT.  Kalaulah ada koleksi lagu raya haji pulak disamping lagu-lagu Labaikallah pastinya menarik.  Sekarang dalam bahagian ini aku berikan 10 lagu Raya paling-paling-paling top mengikut perkiraan aku. Mungkin kamu setuju atau sebaliknya, lagu Raya yang betul-betul top masih dinyanyikan penyanyi era lama yang masih ada dan yang sudah arwah. 

Penyanyi baru kalau ada lagu raya pun pastinya mereka membuat cover version lagu-lagu lama, baru pendengar mahu mendengar nyanyian mereka.  Itu pun feel hanya 50%. Pendengar masih prefer lagu si original. Adakah yang cover ini memberi acknowledgement? Kekadang aje, kekadang perasan seolah-olah itu lagu mereka, atau bertanya mengapakah lagu itu tidak mereka yang asalnya dendangkan. Sial, Babi.

Ok.  Inilah senarai aku.  Setuju atau sebaliknya terpulang.
 
10.  Antara lagu arwah P. Ramlee, Dendang Perantau dan Suara Takbir, aku suka lagu ini.  Bagi aku lagu ini akan terus membawa kita ke suasana kampung dan nostalgia masa muda di kampung.  Soelah-olah ayam itik akan turut mengiringi.  Seolah-olah ayam jantan sedang kongkek ayam betina.  Ramai yang cuba cover tapi yang hampir ketahap arwah P.Ramlee ialah oleh arwah A.Ramlie dan Siti Nurhaliza.  Ella dan Ramli Sarip pernah melakukan secara live tetapi pada satu tahap Ramli Sarip terlupa lirik.  Sungguh tak respect si boyan Singapore ini.
 
 
9.  Lagu oleh arwah Ahmad Jais ini juga seperti lagu di atas, sudah lama berkumandang di udara.  Ketika aku tinggal di rumah kerajaan di Greentown di era 60an/70an lagi sudah rancak di ulang-ulang setiap menjelang Syawal.  Lagu ini survive walaupun rumah di Greentown dah lama di roboh dan diganti dengan Greentown Mall.  Cuma tahun ini merupakan tahun pertama lagu ini berkumandang tanpa arwah Ahmad Jais. Al Fatihah. Memang tak ada tolok banding.
 
 
8.  Antara lagu duet Hari Raya, aku paling minat dan bernostalgia dengan lagu ini. Oleh duet mantap akhir zaman, Uji Rashid dan Hail Amir. Memang seperti di atas dah lama berkumandang di radio dan rancangan raya TV. Dah jutaan kali disiarkan berbagai versi video original Uji-Hail di TV.  Di era VHS dulu aku ada simpan tape mereka berduet.  Main berkali-kali sehingga putus.  Sekarang dah era DVD dan masih boleh diburn tapi remeh. Lagu ini melambangkan Raya bagi bujang-dara yang sedang mengorat, cuma ketika lagu ini mula dicipta, sekadar ngorat-ngorat dan kalau lebih-lebih kena masuk meminang.  Maka tidak ada unsur buang anak, sex haram dan check in hotel butik yang bersepah di mana-mana.
 
 
7.  Dalam banyak lagu-lagu raya Sharifah Aini - the legend - aku suka lagu ini.  Melambangkan jovialnya berhari raya di Malaysia.  Suara dan wajah penyanyi memang unik dan menawan.  Sejak era dia paling famous di Malaysia, era putus tunang dengan pilot/pramugara (?) aku sudah meminati Sharifah Aini.  Ketika dia berlakon dengan Broery aku meluru menontonnya.
 
 
 
 
 
6.  Siti Nurhaliza pula merupakan artis era baru yang paling popular lagu-lagu Hari Rayanya. Sesuci Lebaran yang paling aku sanjung kerana memiliki aura berunsur sexiness yang tidak melampau. Lengok Siti dalam lagu ini memang memberahikan - lirik dan irama serta video Siti mendendangkan lagu ini dengan baju ketat tidak menonjolkan sememangnya sexy. Lebih lebih lagi kalau ketiak basah.  Masam masam masin.
 
5  dan 4. Lagu-lagu kelasik ini merupakan lagu lama yang wujud ketika aku mula mengenai Hari Raya Puasa dan sering kendengaran di radio.  Melambangkan suasana masyarakat Melayu menyambut Hari Raya dalam kesederhanaan serta penuh kemarhaenisme. Suasana selepas mendapat kemerdekaan dari imperialisme Inggeris yang pada dasarnya anti-Islam dan ingin menghapuskan Islam dari pemikiran bangsa Melayu.  Church of England memang pada dasarnya begitulah. Ingin menandingi Vatican. Arwah Fazidah Joned dan arwah Saloma yang berjasa membawakan suasana gembira 'dam-dam dum bunyi mercun' dikalangan masyarakat kita yang harmonis. (Malangnya bunyi mercun lenyap selepas 13 Mei dan dharurat Mageran ketika itu).  Malahan ada versi lagu yang di censor lirik 'mercun' atas arahan kaki ampu bodek celaka haram jadah di RTM.
 
 
 
 
 
 
  3 Di samping Siti Nurhaliza, M. Nasir juga merupakan penyanyi Raya era moden dan lagu ini sudah pun berkumandang belasan tahun setiap hari raya.,  Lagu yang melambangkan kasih kepada ibu dan ayah. Ibu dulu baru ayah.  Aku juga menantikan lagu lagu baru Raya dari M.Nasir cuma jangan bongkak dengan kepandaian yang di anugerah Allah SWT sudahlah.
 
 
2.  Arwah S. Jibeng bagiku merupakan legenda unggul penyanyi Melayu kita.  Aku teringat ketika berjumpa seseorang ditahun 80an di Hotel Federal KL arwah datang check in bersama ibunya ketika pop yeh yeh bangkit semula bersama arwah M. Shariff Zurah 2 dulu.  Aku juga teringat berita bagaimana arwah ditipu oleh penganjur-penganjur konsert.  Kesian.  Semuga yang menipu bertaubat sebelum neraka menanti kamu. S.Jibeng sukar dicari ganti dan seiring dengan Jose Feliciano, Ray Charles dan Stevie Wonder.  Ramai juga penyanyi 'short cut' yang kononnya atas nama 'tribute' (tribute kepala hotak hang) meng'cover' versionkan lagu ini tapi tidak akan sama dengan original S. Jibeng.  Yang 'cover' ternyata sama aje dengan para penganjur munafik yang menipu arwah.
 
 
1.  Lagu terakhir serta 'paling top' bagiku ialah Pulanglah oleh Aishah.  Memang seram bulu roma mendengar lagu ini, seperti mendengar Janji Manismu di awal 90an dulu. Lagu ini walaupun bertema kesedehan menunggu dan menanti seseorang, ingatkan aku bagaimana arwah emak menunggu aku tak pulang berhari raya di kampung kerana beraya di kampung isteri, bekerja di luar negeri atau beraya di KL dan pergi rumah terbuka PM Mahathir.  Semuga aku di ampunkan dan buat Aishah, ramai yang berdoa agar awak "pulanglah" dari berhijrah...I love you.
 
 
Demikianlah the greatest raya songs ever.  10 kesemuanya.  Mungkin akan disambung 10 yang lain kerana masih banyak lagi yang bernostalgiakan Raya seperti lagu-lagu oleh Azlina Aziz, arwah Sudirman, Rahimah Rahim, D.J. Dave, Shah dan paling lawak oleh Jalil Hamid (yang aku rasa lebih berbakat sebagai pelakon drama serious) dengan lagu ini :
 
 
Memang lagu raya versi Jalil Hamid ini, bagi aku merupakan yang paling kreatif dan giler-giler bertaraf internasional. Kesemua "RAYA" telah disebut, cuma kalau zaman ini (September 2012) ada satu lagi "RAYA" yang perlu disebut, iaitu PILIHANRAYA. Yang jauh lebih penting dari lagu Raya dan melambangkan kesejahteraan Malaysia di bawah BN, UMNO dan lebuhRAYA BESRAYA.  1Raya.
 
 
 
 

 

23 Ogo 2012

ADA HATI NAK MEMERINTAH?

Baru-baru ini balik ke "Serambi Mekah".  Wow. Suasana macam nak pilihanraya esok.  Ratusan ribu bendera parti-parti politik yang berhasrat memerintah Kelantan kelihatan dimerata  tempat.  Paling obvious bendera PAS, BN dan UMNO.  Sekali-sekala ada juga bendera PKR. (Mungkin kalau di Kelantan sekadar menyelit "unsafe seats" dan kalau menang pun "offfer" diri jutaan ringgit lalu lompat katak dan keluarkan kenyataan 'menyesal' menyertai PKR dan berbaik-baik dengan PAS. Bersama jutaan alasan munafik).

Tetapi yang sedehnya, bendera yang tercacak sejak dua tahun lalu semakin daif kelihatan.  Hidup segan mampus tak mahu.  Sedeh jugak melihatnya, orang putih kata "eyesore".  (Menyakitkan mata dan mungkin "heart sore" - menyakitkan hati). Upah budak-budak dadah mencacak bendera-bendera ini, inilah jadinya.  Asalkan cacak. Kalau diarah cacak kat jubor anjing pun akan mereka lakukan. Bodoh dan tak ikut kesopanan langsung.  Ada sampai ke atas pokok tinggi. Kalau jatuh macamana?  Lebih baik putus jari main mercun seperti yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak Pantai Timur. Ada juga machoismenya. 

Inikah caranya nak memerintah.  Samalah tu, PAS atau UMNO semua haprak. Bendera cabuk dan dah reput tidak diganti. Mungkin, wang untuk ganti sudah disonglap awal lagi. Cuba kita tegor mereka ni.  Pasti 1. kita tidak dihiraukan. Ego bagaikan  iblis. 2. kita dicemuh. Nasib tak baik dipukul dan mungkin dibunuh. 3. dimaki hamun termasuk mak-bapak kita dan mungkin kucing kesayangan atau burong dalam sangkar dibakar hidup-hidup. 4. jatuh hukum serta fatwa mereka lakukan perkara harus, kita menegur perkara haram dan halal darah kita. Soalnya, inikah caranya nak memerintah, negeri dan negara. Hancur rakyat, hancur pengundi.

11 Ogo 2009

PEKAN MACHANG – KOBOI MODEN PENDUDUK ‘RAJIN’
















Kalau balik ke Kuala Krai dari Kota Baru Kelantan kita pasti melalui Bandar koboi (cowboy) Machang. Sikit lagi diharap jadi ‘ghost town’ macam zaman koboi, sebab ada lebuhraya yang bypass bandar ‘kuno’ ini terus ke Gua Musang, Tak la sesak lalu lintas di musim perayaan. Harap cepatlah kerana aku sedar ekonomi dunia memang meleset dan ‘pembina lebuhraya’ di Kelantan sejak 1990 sering menjadi slow membina lebuhraya. Beperingkat-peringkat seperti 1995, 1999, 2004 dan 2008. Semua tahun piliharaya. Kebetulan aje kut. Tak boleh kutuk-kutuk. Ini bukan blog politik. Ini BLOG PANGGIL BURONG. Orang asli kat Perak/Tambun taula apa itu PANGGIL BURONG.

Apa pun aku pertama kali jejak kaki kat Machang pada Tahun 1987 – 22 tahun lalu. (Kini Machang dah ada hampir 100,000 penduduk) Di tahun 1987 ada panggung wayang filem hidustan. Dah pun di roboh. Ada Public Bank, sekarang dah tutup sebab keturunan Hokkien Tay merasakan Machang tidak menguntungkan. Tapi Bank Bumiputra (sekarang CIMB) dan Bank Rakyat masih berdiri teguh walaupun dah tukar posisi. Machang sejak 1990 di wakili oleh Ahli Parlimen berbagai parti. Semangat 46 (dah lama arwah), UMNO, PAS dan sekarang PKR. Berbagai ‘jenis’ MP maka tadak ada pembangunan pesat lah kat Machang. Tapi nak kata tidak ada langsung pun tak patut juga…adalah kedai-kedai dua tingkat yang menjual barang runcit buatan Komunis China. Restoren-restoren ‘hidup segan mati tak mau’ yang kelihatan kotor dan seolah-olah menyebar taun.

Di Machang ada bangunan PAS yang lama terbengkalai kerana tak cukup duit. Parti PAS tak le sekaya parti-parti lain. Memang bangsat. Tapi dapat jugak bina bangunan mereka di tempat strategik di tengah-tengah Bandar. Seorang bekas ADUN PAS (kokak-kokak pun dua penggal jugak dia jadi ADUN – 1986 dan 1990 dan sekarang dah nyanyuk tapi fizikal okay) kata bukan tak ada duit tapi bangunan tu memakan masa sebab pembangunan terancang PAS pusat. Terancang kepala hotak mereka. Ngaku ajelah bangsat dan kurang ‘pitih’. Berhampiran, tersergam segak bangunan Barisan Nasional parlimen Machang. Siap cepat aje…tak terbengkalai sikit habuk pun.

Apa pun, Machang tetap membangun walaupun slow kalau dibezakan dengan Tanah Merah yang beberapa kilometer dari Machang. Tetapi apa pun, yang paling aku suka tentang pekan bangsat ini ialah nampak ‘warak’ … lepas pukul 10 malam dah mula sepi dan mengantuk. Tak ada pun unsure-unsur maksiat atau kelab malam yang menyediakan pelacur Siam dan minuman keras. Syukur. Walaupun sering dengar cerita janda-janda menggoda, ini cerita tepuk tangan sebelah. Jantan pun miang juga. Ada seorang bekas wakil Rakyat UMNO sampai kawin dengan janda tigak kali kawin. Best kemut kut. Sepanjang 22 tahun aku kenal Machang tak pernah pun aku di cabul janda-janda atau gadis-gadis ketika berjalan-jalan dekat pekan koboi ini. Tak pernah pun pelir aku kena ramas tanpa izin. Apa pun Machang tetap akan aku kunjungi dari semasa kesemasa.. Nak membangun sampai jadi macam Ipoh atau Butterworth - tunggu kiamat la … Machang tetap koboi hingga ke akhir. Love you Machang town.