Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

23 Ogo 2012

ADA HATI NAK MEMERINTAH?

Baru-baru ini balik ke "Serambi Mekah".  Wow. Suasana macam nak pilihanraya esok.  Ratusan ribu bendera parti-parti politik yang berhasrat memerintah Kelantan kelihatan dimerata  tempat.  Paling obvious bendera PAS, BN dan UMNO.  Sekali-sekala ada juga bendera PKR. (Mungkin kalau di Kelantan sekadar menyelit "unsafe seats" dan kalau menang pun "offfer" diri jutaan ringgit lalu lompat katak dan keluarkan kenyataan 'menyesal' menyertai PKR dan berbaik-baik dengan PAS. Bersama jutaan alasan munafik).

Tetapi yang sedehnya, bendera yang tercacak sejak dua tahun lalu semakin daif kelihatan.  Hidup segan mampus tak mahu.  Sedeh jugak melihatnya, orang putih kata "eyesore".  (Menyakitkan mata dan mungkin "heart sore" - menyakitkan hati). Upah budak-budak dadah mencacak bendera-bendera ini, inilah jadinya.  Asalkan cacak. Kalau diarah cacak kat jubor anjing pun akan mereka lakukan. Bodoh dan tak ikut kesopanan langsung.  Ada sampai ke atas pokok tinggi. Kalau jatuh macamana?  Lebih baik putus jari main mercun seperti yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak Pantai Timur. Ada juga machoismenya. 

Inikah caranya nak memerintah.  Samalah tu, PAS atau UMNO semua haprak. Bendera cabuk dan dah reput tidak diganti. Mungkin, wang untuk ganti sudah disonglap awal lagi. Cuba kita tegor mereka ni.  Pasti 1. kita tidak dihiraukan. Ego bagaikan  iblis. 2. kita dicemuh. Nasib tak baik dipukul dan mungkin dibunuh. 3. dimaki hamun termasuk mak-bapak kita dan mungkin kucing kesayangan atau burong dalam sangkar dibakar hidup-hidup. 4. jatuh hukum serta fatwa mereka lakukan perkara harus, kita menegur perkara haram dan halal darah kita. Soalnya, inikah caranya nak memerintah, negeri dan negara. Hancur rakyat, hancur pengundi.

11 Ogo 2009

PEKAN MACHANG – KOBOI MODEN PENDUDUK ‘RAJIN’
















Kalau balik ke Kuala Krai dari Kota Baru Kelantan kita pasti melalui Bandar koboi (cowboy) Machang. Sikit lagi diharap jadi ‘ghost town’ macam zaman koboi, sebab ada lebuhraya yang bypass bandar ‘kuno’ ini terus ke Gua Musang, Tak la sesak lalu lintas di musim perayaan. Harap cepatlah kerana aku sedar ekonomi dunia memang meleset dan ‘pembina lebuhraya’ di Kelantan sejak 1990 sering menjadi slow membina lebuhraya. Beperingkat-peringkat seperti 1995, 1999, 2004 dan 2008. Semua tahun piliharaya. Kebetulan aje kut. Tak boleh kutuk-kutuk. Ini bukan blog politik. Ini BLOG PANGGIL BURONG. Orang asli kat Perak/Tambun taula apa itu PANGGIL BURONG.

Apa pun aku pertama kali jejak kaki kat Machang pada Tahun 1987 – 22 tahun lalu. (Kini Machang dah ada hampir 100,000 penduduk) Di tahun 1987 ada panggung wayang filem hidustan. Dah pun di roboh. Ada Public Bank, sekarang dah tutup sebab keturunan Hokkien Tay merasakan Machang tidak menguntungkan. Tapi Bank Bumiputra (sekarang CIMB) dan Bank Rakyat masih berdiri teguh walaupun dah tukar posisi. Machang sejak 1990 di wakili oleh Ahli Parlimen berbagai parti. Semangat 46 (dah lama arwah), UMNO, PAS dan sekarang PKR. Berbagai ‘jenis’ MP maka tadak ada pembangunan pesat lah kat Machang. Tapi nak kata tidak ada langsung pun tak patut juga…adalah kedai-kedai dua tingkat yang menjual barang runcit buatan Komunis China. Restoren-restoren ‘hidup segan mati tak mau’ yang kelihatan kotor dan seolah-olah menyebar taun.

Di Machang ada bangunan PAS yang lama terbengkalai kerana tak cukup duit. Parti PAS tak le sekaya parti-parti lain. Memang bangsat. Tapi dapat jugak bina bangunan mereka di tempat strategik di tengah-tengah Bandar. Seorang bekas ADUN PAS (kokak-kokak pun dua penggal jugak dia jadi ADUN – 1986 dan 1990 dan sekarang dah nyanyuk tapi fizikal okay) kata bukan tak ada duit tapi bangunan tu memakan masa sebab pembangunan terancang PAS pusat. Terancang kepala hotak mereka. Ngaku ajelah bangsat dan kurang ‘pitih’. Berhampiran, tersergam segak bangunan Barisan Nasional parlimen Machang. Siap cepat aje…tak terbengkalai sikit habuk pun.

Apa pun, Machang tetap membangun walaupun slow kalau dibezakan dengan Tanah Merah yang beberapa kilometer dari Machang. Tetapi apa pun, yang paling aku suka tentang pekan bangsat ini ialah nampak ‘warak’ … lepas pukul 10 malam dah mula sepi dan mengantuk. Tak ada pun unsure-unsur maksiat atau kelab malam yang menyediakan pelacur Siam dan minuman keras. Syukur. Walaupun sering dengar cerita janda-janda menggoda, ini cerita tepuk tangan sebelah. Jantan pun miang juga. Ada seorang bekas wakil Rakyat UMNO sampai kawin dengan janda tigak kali kawin. Best kemut kut. Sepanjang 22 tahun aku kenal Machang tak pernah pun aku di cabul janda-janda atau gadis-gadis ketika berjalan-jalan dekat pekan koboi ini. Tak pernah pun pelir aku kena ramas tanpa izin. Apa pun Machang tetap akan aku kunjungi dari semasa kesemasa.. Nak membangun sampai jadi macam Ipoh atau Butterworth - tunggu kiamat la … Machang tetap koboi hingga ke akhir. Love you Machang town.