Pernah di musim haji 2011 kerajaan Saudi tetiba menyekat keluaran wang dan Tabung Haji panik bisu bodoh serta senyap terus. Dua tiga hari kemudian baru berani bersuara dan terpaksa mengaku bahawa peringkat kerajaan dua negara telah berbincang melonggarkan sekatan pengeluaran Riyal. Sesiapa yang ada kad dan akaun Al Rajhi relax aje. Ketika duit riyal turun berbanding RM (satu sebab mengapa Saudi menyekat pengeluaran) dia lah paling untung. Inilah bodoh sombongnya kapitalis-kapitalis di Tabung Haji. Ketika menganjurkan ceramah haji mereka sering mengupah penceramah yang suka menghentam Ungku Aziz pengasas Tabung Haji. SEORANG GENIUS. Kutuk seolah-olah penceramah begitu yakin siapa masuk syurga dan sebaliknya. Bodoh betul.
Satu lagi di Mekah dan Madinah. Arab Saudi hormat bahasa Melayu. Apa taknya, hampir 300,000 jemaah haji Indonesia, Brunei, Malaysia, Selatan Thailand dan Selatan Filipina menunaikan haji tiap tahun. Mestilah hormat. Mungkin Melayu yang naik haji kurang peka hal ini atau mungkin mereka sengaja tak kisah kerana terlalu mengejar pahala. (Betul jugak, ke Mekah dan Madinah jarang yang mengejar dosa).
Disamping itu, walaupun tidak ada cawangan WATSON atau GUARDIAN di Mekah/Madinah di sini memang banyak jenis farmasi. Berbagai nama. Mungkin ubat sering kali diperlukan oleh jemaah. Apapun harga agak mahal sedikit dari Malaysia. Dan orang Arab tidak begitu ghairah tentang halal haram sesejenis ubat. Banyak yang ada alkohol dan sebaginya dijual.
Apapun Mekah dan Madinah memang unik. Tempat amal ibadat dan banyak bersabar. Golongan yang perasan cerdek serta gemar menyindir-nyindir kononya mereka yang dapat tentukan syurga neraka seseorang jugak ramai. AWAS.
Kalau ada masa bacalah tulisan budak MCKK ni. Silap haribulan kalau Arab Saudi nak marah mengenai kutukan si malaun ni, kena potong kuota haji tahun ini, baru ngelabah tabung haji....hahaha. Bacalah/Iqrak http://www.malaysiakini.com/columns/205409
Tiada ulasan:
Catat Ulasan