Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka. Papar semua catatan

2 Sep 2012

BILA JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN LENGANG

Bila Jalan Tuanku Abdul Rahman (JTAR) sunyi sepi?  Bila Hari Perayaan Melayu dan China. Bila Hari Merdeka dan jalan ditutup.  Ketika Reformasi jadi agenda setiap sabtu hujung 90an dulu dan jalan ditutup. Kalau berlaku rusuhan dan ada perintah berkurung.

Ketika Merdeka Akbar baru-baru ini aku berpeluang tangkap gambar-gambar ini di tengah-tengah JTAR. Kalau hari lain pasti aku dah kena gelek. Memang nyaman dan seolah-olah aku di tahun 40han diatas highway moden.  Bila sunyi macam ini yang rugi ialah syarikat insurans.  Tidak ada accident dan ramai tidak mahu ambil insurans. Tidak ada Ops Sikap yang tetap mengorbankan seramai gempa bumi atau tsunami.  Tidak perlu Menteri terlibat bersilat lidah jadi defensive dan salahkan semua kecuali dia.  Aku ingat di Jepun pasti Menterinya letak jawatan. Sial. Pantat betul. Babi.

Apa pun, JTAR waktu-waktu begini memang best.  Lambang rakyat Malaysia patuh dengan peraturan dan tak perlu sebarang notis-notis merah ala-negara komunis memberi amaran 'diharamkan sebarang aktiviti'.  Aku bangga dengan rakyat Malaysia seperti dialog ala-fantomin di Hari Merdeka mengenai generasi X dan Y yang bersuara 'robot'.  Bagaikan sindiran Sudirman dalam lagu "Punch Card" dia dengan irama ala-robot. Syabas.

31 Ogo 2012

MERDEKA AKBAR 2012

Setiap kali datang 31 Ogos selepas 1957, kerajaan dan rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan.  Cuti awam dan perarakan pasti dilakukan.  Sama ada di Dataran Merdeka atau di tempat lain. Hari Merdeka memang penuh bermakna.  Terutama kepada kerajaan Malaysia. Tahun ini Hari Merdeka jatuh pada hari mulia, hari Jumaat. Syukur.  Mengapa tidak diarah para ulamak atau tok guru tafsir untuk declare Merdeka pada setiap hari Jumaat sebagai Merdeka Akbar seperti Haji Akbar. Baru best. Reka aje, pahala berlipat ganda, wajibkan kenduri besar-besaran dan sebagainya.

Sebenarnya 31 Ogos 1957 jatuh pada hari Sabtu. Hanya pada merdeka 1962, iaitu 5 tahun kemudian, Merdeka Akbar di sambut pada hari Jumaat. Sejak 1962, Malaysia menyambut hanya 7 kali lagi Merdeka Akbar (1973, 1979, 1984, 1990, 2001, 2007 dan tahun ini) dari 55 kali Merdeka disambut. Aku bersyukur dapat menyambut Merdeka Akbar pada tahun ini di dataran merdeka.  Diarah oleh bos-bos di pejabat untuk mengikutinya.  Kalau tidak mereka merdeka/bebas untuk mengambil tindakan disiplin. Bangga kerana memang unik. Unik kerana berbilang kaum.  Unik kerana buat pertama kali Ketua-ketua Jabatan turut berarak membawa bendera.  Berpeluh-peluh mereka dengan baju yang dikhaskan untuk mereka.  Unik kerana tidak ada insiden-insiden buruk. Unik kerana warna-warninya mengalahkan filem Hindi. Terkawal dan selamat.  Syabas PDRM.  Syabas Special Branch. Syabas rakyat Malaysia yang berdisiplin. Syabas kepada konduktor bendera yang berjam-jam melambai jalur gemilang agar di follow oleh mereka yang terlibat.

Sekali lagi aku bangga kerana kita menyambut Merdeka Akbar dan hanya pada tahun 2018 baru kita berpeluang sekali lagi menyambiut Merdeka Akbar. Aku sempat berJumaat dan khutbah juga menceritakan wajibnya bersifat patriotik.  Sayangkan negara. Dan cherish merdeka yang dinikmati.  Syabas Imam yang membaca khutbah itu. Sepatutnya dikaitkanlah Merdeka dan Jumaat yang Akbar tahun ini. 

Tahun 2018, Malaysia akan menyambut Merdeka Akbar ke 61.  Aku yakin Rosmah dan Najib akan menyambutnya dengan penuh janji-janji baru yang ditepati. Syukur. Allah hu Akbar. Malamnya akan berlaku Twitter dua billion.  Rekod baru dunia. Dan Sasterwan Negara, A. Samad Said akan tetap mencuba membaca puisi merdeka dia di dataran merdeka dan dihalang PDRM dan Venus Williams akan tetap tewas round kedua/ketiga terbuka tennis US.  Apapun, aku doakan tiap-tiap 31 Ogos sehingga tahun keramat 2018 diperkukuhkan dengan unity rakyat Malaysia di bawah panji-panji Barisan Nasional.  Hidup UMNO. Insya' Allah.  Sambutlah dengan laungan Merdeka Akbar, Merdeka Akbar, Merdeka Akbar 61 kali. I LOVE MALAYSIA.