Print Document

Print Friendly and PDF
Memaparkan catatan dengan label Alamanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alamanda. Papar semua catatan

30 Jul 2012

SITORA HARIMAU JADIAN.

Kalau ada yang kesempatan di bulan Ramadan ni, disamping berlegar-legar mencari makan untuk mentahkedarah bila maghrib nanti, singgah le ke kedai buku berhampiran - standard MPH (nothing less).  Look out for buku ni. Si Tora Harimau Jadian. Nukilan P. Ramlee.  Kalau ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya filem ini.  Ada beberapa kemungkinan.  Setelah di 'haramkan' oleh RTM yang sentiasa flip flop dan mengikuti arahan imam-imam 'for the sake' ketika itu, filem ini terus lesap. Kedua, mungkin ada orang-orang tertentu yang ingin buat jutaan ringgit dan akan muncul dengan filem yang hilang ini suatu hari nanti. Ketiga, orang-orang pendatang Kerinci yang terkenal dengan 'jelmaan harimau' telah merampas filem ini kerana terlalu banyak auta oleh P.Ramlee. Kelima, mungkin ada orang yang ingin berniaga kayu tas di Borneo dan gunakan filem ini untuk iklan suatu hari nanti. Boleh mencapai jutaan ringgit simpan kayu tas kat rumah kerana dipercayai anti-penyamun dan anti-pukau. Keempat (?) - ya, sengaja 'tersasul' sebab bulan puasa ni....kempat 'Harimau' tak layak jadi filem, macam harimau Malaya. Jepun dan Korea Selatan dan tiap kali layak ke Olimpik walhal Malaysia yang pernah menyingkirkan Korea untuk layak ke Munich dan Moscow suatu ketika dulu terus tenggelam dan lemas.  ... Apa pun belilah buku ini.

31 Jul 2009

ISRAK MIKRAJ KAT MASJID/SURAU PRESINT 16.


(Gambar-gambar Masjid or Surau or Madrasah Presint 16)


Maghrib semalam (30 Jul 2009) aku sembahyang kat Madrasah (nak katakan masjid terlalu kecil, nak katakan surau agak besar dan sedang dalam proses upgrading, maka selamat aku kata madrasah aje…apa pun semua milik Allah SWT).

Ada ceramah oleh Professor Madya UKM mengenai Tarbiyah Israk Mikraj. Professor yang mirip Menteri Besar Perak Zambry ni (rupa-rupanya orang Kelantan- macamla setiap bertaraf ulamak mestinya dari Kelantan ??? Imam madrasah pun dari Kelantan).
Professor ini memang petah bercakap tapi dalam hampir sejam setengah berceramah aku tertarik dengan cerita batu tergantung kat MasjidilAgsa. Memang kagum katanya. Dia masuk melalui Jordan di pertengahan 90an dan aku sempat bertanya selepas ceramah. Professor kata passport antarabangsa tidak dicap. Pihak Yahudi hanya memberikan sekeping kertas kecil tanda masuk dan kemudian keluar. Memanglah teringin aku nak kesana…selepas Masjid Nabawi dan Masjid Haram memang aku nak ke sana…tapi apakan daya, Yahudi berkuasa dan suasana masih bergolak. Semuga dapatlah aku ke sana nanti. Insya Allah. Dan menikmati tamar Yahudi yang menjadi makanan utama majoriti para Rasul Allah kecuali Nabi Muhammad SAW dengan tamar Ajwa yang dijual RM 150 sekilo di Alamanda. Riba orang Islam...